Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengusir beliau dan beberapa ahli parlimen lain keluar dewan kerana hanya memakai lilitan kepala sebagai bercanggah dengan amalan demokrasi dalam parlimen.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, tidak pernah sebelum ini mana-mana speaker parlimen memerintahkan anggota parlimen yang memakai sebarang tanda atau lencana keluar dari sidang parlimen.
Kejadian usir beberapa ahli parlimen termasuk anggota baru dewan itu dari Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berlaku di awal sesi pagi tadi pada hari pertama
sidang ke dua parlimen ke 12 yang bermula hari ini.
“Seingat saya pada 1999 ketika sesi parlimen ke 10, saya dan ahli parlimen lain memakai encana membantah ISA dan masuk ke dalam sidang dewan, tidak pernah dianggap sebagai satu kesalahan dan speaker ketika itu, Tun Zahir Ismail tidak memerintahkan kami keluar dewan.
“Sewajarnya Pandikar Amin menjadikan kebenaran oleh Tun Zahir itu sebagai precedent case dan tidaklah melakukan sesuatu yang melanggar prinsip demokrasi yang sewajibnya dilaksanakan oleh beliau sebagai speaker berwibawa.
“Saya kesal bukan kerana diri saya terpaksa keluar dewan tetapi sangat kecewa sebab hak dan kewajipan ahli parlimen untuk membawa isu rakyat Negeri Perak yang telah terbantut sejak berapa lama, telah dinafikan oleh speaker,”tegasnya pada Siasah selepas kejadian itu.
Apatah lagi, menurut Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS, pelekat yang mendesak "Bubarkan DUN Perak" yang dipakai itu langsung tidak menyentuh isu parlimen; menambahkan ketidak-ajaran Pandikar Amin menggunakan kuasanya mengusir ahli parlimen.
“Justeru, saya berharap kejadian tidak wajar ini menjadi salah satu lagi bentuk pendidikan politik untuk rakyat negara ini agar lebih matang di dalam melihat keboborokan kerajaan BN memerintah negara ini dan memperbodohkan rakyat sendiri,” tegasnya.
UMNO ketakutan teramat sangat sekarang ini..mereka akan sekat apa sahaja yang akan menampakkan keburukkan mereka kepada umum..
Sebab tu lah sekarang ini isu2 Perak mereka tutup begitu sahaja sedangkan rakyat takkan lupa begitu celakanya UMNO mempermainkan institusi Raja, Kehakiman, dan polis untuk mempertahankan kuasa haram mereka di Perak..
Inilah parti yang langsung tiada Maruah.. mereka mengelak bertanding di Penanti sebab untuk menjaga ekonomi sedangkan mereka bertanding pula di Manik urai sedangkan ekonomi masih lagi tenat dalam negara ini..
Dasar UMNO lidah bercabang menipu terang2an sekarang ini.. mereka tanpa segan silu menipu rakyat sedangkan rakyat sekarang bukan bodoh seperti yang mereka sangka dan mereka mengetahui dan mengakuinya sendiri... Sebab tu lah DUN Perak mereka takut sangat nak bubarkan sedangkan belum tentu pun PR akan menang dalam Pilihanraya Perak tersebut... Apa yang mereka takut sangat..?
Kesiannya UMNO menjadi penakut setelah usia menjangkau 51 tahun. Mereka bukan semakin matang tetapi semakin kebudak2kan... ala mereka pun diterima dikampung2 sahaja . maka layaklah UMNO sekarang ini di gelarkan Parti kampung...
Dahulu mereka gelarkan PAS parti kampung tetapi sekarang mereka balik yang ditimpa tuduhan mereka sendiri.. UMNO sekarang Parti kampung...
Bukti nyata dikawasan bandar UMNO ditolak rakyat bandar yang celik dan pintar dengan IT dan sumber2 lain selain Utusan dan media kerajaan ...Sedangkan PAS sekarang boleh menang dikawasan Bandar seperti di Titiwangsa Kuala Lumpur yang KLCC termasuk dalam kawasan Parlimen tersebut...
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kenapa tak saman sahaja speaker tu? Bukankah sekarang ni dah boleh saman atau bawa ke mahkamah tindakan speaker yang tidak wajar. Pergunakanlah apa yang dah bn dah guna. Kalau tak silap saya apa yang jadi penyebab kena keluar adalah kerana tata cara berpakaian dewan. Bagi tau la speaker lilitan kepala tu bukan pakaian kalau speaker tu faham makna pakaianlah. Tu cuma aksesori. Jadi tiada sangkut paut menyalahi peraturan pakaian rasmi dewan.
Post a Comment