Teman ada baca & dengar tak silap sebulan lepas tentang Kerajaan Qatar saman sebuah syarikat Malaysia yang terkenal dengan projek Lebuhraya di Malaysia kerana kualiti jalanraya yang dibuat di Qatar tidak memuaskan.
Teman terfikir bagaimana boleh menang tender di sana?Padahal di Malaysia sendiri kita boleh lihat dan banyak bukti menunjukkan banyak projek lebuhraya di malaysia adalah gagal dan tidak memuaskan.Tak sampai 1 tahun jalan raya dah rosak dan setiap 6 bulan dah ditar semula.ada jambatan yang rosak dan pembaikian jalan saban bulan mesti ada.
BINAAN ROBOH KERANA KECUAIAN MANUSIA, KESILAPAN BAHAN, SALAH REKAAN ATAU FAKTOR ALAM. BIDANG KONTRAKTOR DAH DIRESAPI ORDE BARU DUNIA KAPITALIS MASA KINI. UNTUNG MAKSIMUM ADALAH MATLAMAT DAN MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. PELBAGAI CARA DIBUAT TAPI YANG POPULAR SENI HISAP MENGHISAP LAH.
ADA KONTRAKTOR BERKATA, ‘BUAT APA BIKIN ELOK-ELOK, KALAU BINAAN LAMBAT ROSAK, KONTRAKTOR LAIN NAK MAKAN APA?’ BETUL JUGAK. KONTRAKTOR MEMANG RAMAI, SEMUA ORANG NAK HIDUP. SALAH KERAJAAN JUGA, DULU MELELONG MURAH LESEN SESUKA HATI TANPA MENILAI KUALITI. AKIBATNYA UJUD KONTRAKTOR PENJILAT, KRONI DAN COLLECTOR. DEPA GUNAKAN LESEN MENJUAL PROJEK, BUKAN NAK MEMANFAATKAN PELUANG TAPI MENJADI BERUANG.
ISU MENJUAL PROJEK ATAU 'SUB'KAN PROJEK HANYA POPULAR DIKALANGAN KONTRAKTOR BERSUNAT. BERMULA DARI SIKAP TAMAK KONTRAKTOR UTAMA MENCARI DUIT MUDAH DENGAN CARA MENGESUB KERJA SEPENUHNYA KEPADA SEORANG SUBCON DAN PASTU AMBIL KOMISEN. SELANJUTNYA SUBCON PUN NAK UNTUNG ATAS ANGIN JUGA, DIA AKAN TOTAL SUB KAN KERJA TADI KEPADA SUBCON LAIN PULAK. BUKANKAH KEPIMPINAN ITU MELALUI TELADAN?
PROJEK BERTUKAR TANGAN. DARI MAINCON KE SUBCON DAN SUB-SUBCON AKHIRNYA JADI PROJEK POPCORN. UNTUNG TADAK, DAPAT ‘KANG’ SAJA. KONTRAKTOR MANA YANG NAK ‘CUCI MANGKUK’? TENTU LAH KONTRAKTOR MISKIN YANG TAKDA KABEL DAN TAK JADI KRONI. TAK PUN BURUH INDON YANG NGAKU TUKANG MAHIR. TAK DIBERI PELUANG, SLOGAN NYA ‘KITA SERUMPUN PAK’. TAPI SEDARA NYA DI INDON GELAR MALAYSIA SEBAGAI ‘MALINGSIAL’.
DEK TIADA PILIHAN, KONTRAKTOR MISKIN BUAT ‘GAK’ KERJA SUB NI WALAU UNTUNG TIPIS. MAKLUMLAH, BERBULAN TAK DAPAT PROJEK. ANAK NAK SEKOLAH, BINI NAK BERBEDAK, MERTUA NAK BERCELAK. TAPI SIAPA NAK MENIAGA ‘BULUH KASAP’, DAPAT HUJUNG PANGKAL LESAP? NAK LEBIH LABA, TIPU BAHAN KERJA. BUKAN PENGUASA TAK TAHU, BUKAN TAKDA SPESIFIKASI DALAM ‘BQ’ TAPI TU HAL ‘BOLEH KAUTIM’. PEMBORONG SUDAH MENJADI PEMBOHONG..
BUKAN GEMPAR LAGI BILA RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI. BERITA JAMBATAN RETAK, BANGUNAN ORANG SEKARANG MKOMPUTER RANAP DAN BINAAN RUNTUH DAH MACAM IKLAN SHAMPOO DI TV. HANGAT SIKIT KALAU ADA YANG MATI. BUKAN KONTRAKTOR TAK BERWIBAWA TAPI NEGARA KITA BANYAK HUJAN YANG JADI PUNCA. BILA TEMBELANG PECAH, TIMBUL SALAH MENYALAH. SEMUA NAK SELAMATKAN TENGKUK SENDIRI. ANA ADA SIKAP BERTANGGUNG JAWAB.
KERJA SUB TAKDA 'INDEN' UNTUK DICAGAR KE BANK. UNTUK HIDUP TERPAKSA BUAT KERJA SUB. BELI BAHAN DAN BAYAR UPAH GUNA MODAL SENDIRI. MANA NAK CARI ? PINJAM DARI ALONG, ANGAH, SEDARA ATAU GADAI BARANG KEMAS BINI. BUKAN TAK TAKUT RASIKO ‘DIKENCING’ MAINCON TAPI INILAH PERJUANGAN HIDUP YANG SEBENAR, BERJUANG MEMBESARKAN ANAK BINI. BUKAN DENGAN HANYA CAKAP BERAPI DEPAN MIKROFON DAN MENJANJIKAN BULAN BINTANG.
SEDIHNYA MAINCON SELALU MELAMBATKAN BAYARAN UPAH. SAMPAI TUJUH LAPAN BULAN. ADA MAINCON JUGA YANG MELARIKAN DIRI SETELAH WANG DIPEROLEHI. KASIHAN KONTRAKTOR MISKIN, PENAT BELUM HILANG, UPAH PULAK DILARIKAN ORANG. CUKUP MASA ALONG DAN ANGAH DATANG MENAGIH HUTANG, SAUDARA BERMASAM MUKA, BARANG KEMAS BINI LESAP DI PAJAK GADAI, BERAS DI RUMAH KEHABISAN DAN ANAK BINI KELAPARAN..
SENARIO KONTRAKTOR MISKIN TURUN NAIK PEJABAT KONTRAKTOR UTAMA MENAGIH BAYARAN UPAH KERJA BAK PEMINTA SEDEKAH SATU HAL BIASA. DRAMA SINETRON TANGIS DAN RAYU MINTA DIKASIHANI DAH JADI CERITA BASI. SIAPA PEDULI? ISU INI TAK KAN MAMPU MENJATUHKAN HARGA SAHAM DI PAPAN UTAMA. APA MANGSA BOLEH BUAT? JIKA DIBUNUH MATI SEKALIPUN, PELAKU TETAP DIHUKUM. LEPAS TU APA JADI DENGAN MASA DEPAN ANAK BINI?
KERAJAAN MEMANG DAH MEMBANTU TAPI JABATAN MEMPOLITIKKAN PROJEK. KONTRAKTOR PENJILAT, KRONI DAN COLLECTOR BERMAHARAJA LELA. YANG DIUTAMAKAN BUKAN KERJA BERKUALITI TAPI TEMBOLOK MINORITI. PERSOALANNYA, ADAKAH KERAJAAN 1MALAYSIA YANG RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN BENAR-BENAR BERMINAT MERASAI DENYUT NADI RAKYAT? ATAU ITU HANYA SATU RETORIK AGAR RAKYAT KEMBALI TERTARIK?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment