Teman ibaratkan YB Ibrahim Ali seperti anjing yang pernah tersepit dan dilepaskan dengan ikhlas oleh YB Dato Nik Aziz suatu masa dulu dah lupa diri dan sekarang ingin membaham orang yang melepaskan dia.
Sementara itu Ibrahim Ali berkata , pilihan raya Manek Urai adalah landasan terbaik kepada Barisan Nasional (BN) mendedahkan kelemahan Pas mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Beliau berkata, Pas gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi negeri itu, sebaliknya Pas berselindung di sebalik kelemahan Umno untuk meneruskan kelangsungan parti itu di Kelantan.
“Saya lihat pilihan raya kecil ini medan terbaik buat Umno mendedahkan kelemahan Pas Kelantan kepada rakyat, biar rakyat jelas dan tahu akan kelemahan parti itu.
“Banyak perkara boleh dipersoalkan sepanjang Pas menjadi kerajaan, dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri diperoleh daripada inisiatif kerajaan negeri. Kita tidak nampak pun semua ini,” katanya.
Ibrahim berkata, pilihan raya kecil itu perlu bersih daripada serangan peribadi terhadap parti lawan, dan Pas perlu menjawab isu dibangkitkan Umno.
Ibrahim berkata, Pas banyak menyerang parti lawannya, khususnya Umno bagi menutup kelemahan mentadbir negeri.
“Hampir 18 tahun Pas di Kelantan hanya bergantung kepada populariti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment