Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, May 18, 2009
WAKIL PAKATAN RAKYAT BERTANGGUNGJAWAB BANTU GOLONGAN MISKIN,KURANG UPAYA DAN MANGSA BENCANA ALAM HULU SELANGOR
Satu majlis penyampaian sumbangan kepada 200 penerima dari golongan miskin, orang kurang upaya dan bencana alam telah diadakan semalam di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Zon Utara, Bandar Utama, Batang Kali. Penyampaian sumbangan berbentuk cek dan keperluan harian telah di lakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, YB Tuan Dr Xavier Sevakumar yang memegang porfolio kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Syed Shahir, Presiden MTUC, Penyelaras DUN Batang Kali, Nashruddin Abd Aziz, Penghulu Mukim Serendah, Tuan Jamadi, Ketua-ketua kampong dari Mukim Serendah, JKKK dan penduduk-penduduk sekitar .
Dalam ucapan beliau, YB Dr Xavier berharap dengan sumbangan daripada kerajaan negeri tersebut, semua rakyat di negeri Selangor dapat menikmati hidup yang lebih selesa tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Sesiapa yang layak berhak untuk menerima semua bantuan samada dari tempat tinggal, keperluan dan bantuan kesihatan melalui semua saluran -saluran kerajaan negeri.
Tuan Syed Shahir, Presiden Malaysian Trade Union Congress (MTUC) didalam ucapan beliau berharap semua Ketua kampung dan JKKK dapat memajukan kampung masing-masing dengan aktiviti yang berfaedah dan diharapkan dapat memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan menerusi program yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Beliau juga mengharapkan supaya rakyat bersabar kerana banyak lagi rangsangan-rangsangan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri keepada rakyat, dan terus memberi sokongan supaya dapat terus membantu rakyat hidup lebih selesa.
Nashruddin Abd Aziz berharap dengan pembukaan satu lagi pusat khidmat di Bandar Utama ini akan terus membantu semua penduduk sekitar terutama di kawasan zon utara DUN Batang Kali ini, manakala Pusat Khidmat Rakyat di Bandar Bukit Sentosa akan dapat memastikan perkhidmatan dan menumpukan penduduk disekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment