Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 5, 2009

UMNO/BN DAH KUAT? KENAPA MASIH PELEKEHKAN HUDUD?


Wahai PM yang disanjung SATU MALAYSIA .Anda telah pegang Malaysia , SATU MALAYSIA lagi dan majoriti adalah BN bila lagi UMNO hendak perjuangkan Hudud, Isu hudud ini menjadi adalah isu Islam, wahai penyokong UMNO/Bn lihatlah sumpah Melayu anda hendah menegakkan Islam! Kuasa di tangan kamu kenapa tidak buat? Kami acah dan kutuk PAS kenapa tidak kuatkuasakan Hudud.Itulah modal sepanjang zaman pemimpin dan penyokong UMNO, dengan menuduh dan menganggap bahawa PAS hari ini tidak berani perjuangkan hudud kerana takutkan DAP.
Betapa hinanya maruah hudud bagi UMNO. Menjadikan hudud hanya sebagai satu perangkap? Nilai hudud itu sendiri sudah tiada. Hudud Allah ini hanya dilihat UMNO sebagai satu umpan yang boleh melemahkan parti PAS semata-mata. Itu sahaja. Hudud yang merupakan perintah Allah yang menciptakan makhluk di langit dan dibumi, digunakan sebagai modal, tak lebih dari itu.Niat untuk melaksanakan HUDUD jauh sekali. Dan lebih teruk dan memilukan,pemimpin UMNO ini menganggap hudud ini seolah-olah milik PAS,bukan milik Allah,justeru hanya PAS yang kena laksanakannya.!!

Betapa malangnya Malaysia ditadbir oleh pemimpin UMNO sejahil ini,berugama Islam, mengucap dua kalimah syahadat,mempunyai kuasa majoriti dalam negara pula, tetapi tidak berniat sedikitpun untuk melaksanakan hudud dalam negara. Menjadikan agenda utama dan prinsip perjuangan parti jauh sekali. Alasan yang selalu diberikan, adalah " menyedari politik tanah air yang tidak mengizinkan perkara ini berlaku. Disamping menjadikan faktor berbilang kaum di Malaysia sebagai satu faktor utama hudud tidak dapat dijalankan.

Saya tidak nafikan,benar masyarakat Malaysia ini terdiri dari berbilang kaum,agama dan budaya,tetapi ini bukan satu alasan kepada UMNO. Saya ingin bertanya kepada penyokong dan pemimpin UMNO. Apa kalian lupa nabi kita Muhamad S.a.w berhijah ke Madinah, dan memeterai perjanjian dengan orang kafir,yahudi dan Nasrani, untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan perlembagaan Allah ini? Adakah pada zaman Rasullah itu tidak wujud berbilang kaum, agama dan budaya? Dan adakah Allah tidak tahu malaysia ini juga sebuah negara yang majmuk?

Sedarilah, ilmu Allah mengatasi segalanya. Walau dizaman mana kita berada sekalipun, apa yang telah diatur dan diperundangkan Allah kepada hambanya adalah sesuai sepanjang zaman, masa dan ketika. Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaannya, dan kerana itulah Allah telah menurunkan Hudud demi kemaslahatan umat manusia. Tidak perlu dibahaskan lagi sesuai atau tidak Hudud dilaksanakan di malaysia ini, Allah yang mengatur semua yang kita lihat pada hari ini di malaysia. Hanya mereka yang beriman dan yakin dengan Al-Quran dan segala isi kandungannya akan berusaha melaksanakannya tanpa ragu-ragu.

No comments: