Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, May 9, 2009
UJUD LAGI KELAKAR VERSI KEBODOHAN YANG TAK BOLEH DIAJAR!
Saturday, May 9, 2009
TAJOL ROSLI SETUJU DUN PERAK DIBUBARKAN?
Semasa kekecohan berlaku di dalam DUN Perak dua hari lepas,bekas MB Perak,Datok Seri Tajol Rosli Ghazali keluar dari dewan seketika untuk menenangkan fikiran beliau. Maklumlah orang lama,bukan boleh melihat perangai-perangai monyet DAP dan PKR dalam Dewan tersebut.
Sewaktu beliau berada di luar dewan, beliau telah dihampiri oleh Nizar dan Ngeh. Dengan selambanya Ngeh menegur bekas MB Perak itu dan berkata "Datok Seri,u sebagai orang lama,banyak pengalaman tolong ma kasi nasihat sama mereka kasi bubar ini dun".
Lalu Datok Seri Tajol pun dengan muka tersenyum menjawab. Saya setuju ! Lantas muka Nizar dan Ngeh pun tersenyum-senyum dengan harapan Datok Seri Tajol akan menasihati Dr.Zambry agar membubarkan DUN.
Datok Seri Tajol berkata,saya setuju DUN ini dibubar bulan Mac 2008. Masih ingat lagikah ? Soal Datok Seri Tajol kepada Nizar dan Ngeh. Terkejut seketika Nizar dan Ngeh.
Ya! Sambung Datok Seri Tajol, sewaktu kamu semua menang di Perak dan ada masalah untuk membentuk kerajaan serta perlantikan MB,hinggakan masalah itu berlarutan beberapa minggu,saya ada mencadangkan agar DUN Perak dibubarkan dan dibuat p/raya baru.
Tetapi kamu Ngeh pada waktu itu , kamu berkata kepada saya tidak perlu bubar DUN kerana kamu sudah ada 31 orang Adun yang bersetuju membentuk kerajaan Pakatan dan mereka semua setuju tandatangan surat persetujuan melantik Nizar sebagai MB.
Tetapi pada hari bila kami ada 31 orang Adun yang setuju menyokong BN dan Dr.Zambry sebagai MB, kamu minta bubar DUN pula ! Itulah kata-kata Datok Seri Tajol kepada mereka berdua.
Dengan muka merah padam dan terkulat-kulat Ngeh dan Nizar menerima balik paku buah keras daripada bekas MB Perak yang penuh dengan pengalaman politik itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment