

Hari ini kes rayuan DS Nizar yang meminta disemak semula keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi akan didengari oleh tiga orang hakim iaitu Dato' Md. Raus Sharif, Dato' Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong bin Matjeraie.
Kita berharap agar prinsip keadilan dan kesaksamaan akan dijadikan tunjang keputusan mahkamah. Semoga para hakim kita akan diberi hidayah oleh Allah agar membuat keputusan tanpa tunduk kepada mana-mana pengaruh politik.
Kepada yang sedang tertunggu-tunggu keputusan hakim-hakim kita yang arif itu, jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi kepada keadilan mahkamah. Perlu sedar kita berdiri di mana dan tiada yang ganjil di negara Malaysia yang penuh keajaiban ini.
No comments:
Post a Comment