Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 13, 2009

TPM KATA : APA YANG ZAMRY/NAJIB DAH BUAT ATAS KEPENTINGAN RAKYAT ?

Teman rasa loya tekak , itu pun belum baca Utusan Meloya lagi.Adake Tan Sri Muhyiddin kata dan ramai pemimpin UMNO kata tindakan drastik Mahkamah Rayuan adalah demi kepentingan rakyat? Manasabah ke? Mahkamah Rayuan boleh terima Dr Zamry yang mana 2 buah Mahkamah(Mahkamah Persekutuan & Mahkamah Tinggi) tidak iktiraf beliau tetapi oleh kerana arahan Najib melalui proksinya Peguam Negara maka terus layan.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak yang terlibat dalam kemelut politik di Perak harus mencari satu jalan penyelesaian secepat mungkin kerana masalah itu akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.

"Kalau tidak ada satu pendekatan menyeluruh untuk menangani masalah ini kita bimbang kerana ia sudah berlarutan sekian lama dan oleh sebab itu semua pihak mungkin boleh melihat pendekatan lain walaupun ia ada kaitan dengan soal perlembagaan.

"Segala-galanya mesti kita lihat dari segi kepentingan rakyat. Walau apapun keputusan mesti tidak membelakangkan kepentingan rakyat dan sah dari segi undang-undang supaya rakyat tidak berhadapan dengan masalah kerana pentadbiran tidak boleh berjalan," katanya selepas melawat Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran di Bukit Kiara di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyuarakan kesediaan untuk mencari titik persamaan untuk menyelesaikan konflik politik di Perak itu.

No comments: