Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 26, 2009

TIMBALAN MENTERI BERJIWA RAKYAT DIKATAKAN BN?UMNO BERJIWA PEMBANGKANG?

Monday, May 25, 2009
Perhimpunan haram di Batu Caves; Dasar Malaysia tidak campuri urusan negara luar
KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee kesal dengan laporan yang mendakwa seorang timbalan menteri turut serta dalam perhimpunan mengutuk kerajaan Sri Langka, di Batu Caves pagi Ahad lalu (semalam).
“Saya amat kecewa jika dakwaan itu benar bahawa timbalan menteri hadir di Batu Caves bersama ribuan kaum India menyertai perhimpunan tersebut yang tidak mendapat kebenaran polis,” tegasnya.Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana dasar kerajaan Malaysia adalah tegas dan jelas tidak menyokong mana-mana kumpulan pengganas atau pemberontok.
Katanya, walaupun kehadiran pemimpin berkenaan mungkin diatas sokongan kaum, tetapi kapasitinya sebagai anggota kabinet adalah amat tidak bersesuaian dengan dasar kerajaan BN.
Syed Ali mengulas tindakan ribuan kaum India yang mengadakan perhimpunan di Batu Caves sebagai memprotes tindakan tentera kerajaan Sri Langka yang dikatakan membunuh orang awam dalam pertempuran sengit dengan askar Pembebasan Tamil Ealam (LTTE) baru-baru ini.
Ketua Pemberontok KTTE, Vellupai Prabhakaran telah berjaya ditembak mati oleh tentera kerajaan Sri Langka.
Perhimpunan di Batu Caves pagi Ahad itu (semalam) difahamkan tidak mendapat kebenaran daripada polis Selangor.
Sehubungan itu, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan membidas sikap sesetengah pihak dan pertubuhan di negara ini yang sengaja tidak mahu memahami pendirian tersebut.
“Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan politik di mana-mana negara, termasuk tidak menyokong kumpulan pengganas,” tegasnya.
Dalam hal ini tegas Syed Ali, perbezaan sokongan Malaysia kepada Palestin kerana rakyatnya berjuang untuk mewujudkan sebuah negara merdeka di Tebing Barat adalah bertepatan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Sokongan kepada Palestin adalah berbeza kerana seluruh masyarakat dunia mengecam dan mengutuk keganasan rejim Yahudi,” jelasnya.
Syed Ali juga tidak menolak kemungkinan pertubuhan haram Hindraf turut terbabit dalam perhimpunan haram tersebut.

No comments: