Teman tertarik luahan perasaan hati seorang ahli UMNO yang aktif dan yang mewakili penduduk Jerantut.
Nyata beliau sangat kecewa apabila MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob tidak melantik Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut sebagai senator walaupun jika mengikut giliran dan turutan sepatutnya kini adalah giliran wakil Jerantut dilantik sebagai senator. Malangnya MB Pahang lebih bersedia melantik kroninya Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuantan walaupun Parlimen Kuantan telah menyaksikan kekalahan kepada PKR.
Apakah makna kemenangan yang kita raih jika kemenangan itu tidak dihargai oleh pucuk pimpinan sendiri? Untuk makluman, kemenangan Parlimen Jerantut dalam PRU12 telah merosot dari PRU terdahulu.
Keputusan PRU 12:
P 081 (Parlimen Jerantut)
BN - 19'543
PAS - 17,597
N9 (DUN Tahan)
BN - 5,112
PAS - 3,755
N10 - (DUN Pulau Tawar)
BN - 8,720
PAS - 5,426
N11 - (DUN Damak)
BN - 5,674
PKR - 5,165
Bebas - 3,295
Kemenangan BN di N11 nampak terlalu tipis. Jika tidak ada calon bebas yang tujuannya hanya untuk memecah undi melayu kita yakin N11 telah jatuh kepada PKR. Kekecewan pemilih dan penyokong BN kerana MB tidak melantik Ketua Wanita Bahagian Jerantut sebagai senator mungkin akan menjejaskan sokongan terhadapa BN dalam PRU akan datang.
UMNO Bahagian juga tambah kecewa apabila pemimpin-pemimpinnya tidak juga lantik memegang sebarang jawatan peringkat tertinggi. Dalam Pergerakan Pemuda UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut juga diperlekehkan dengan tidak melantiknya sebagai Ketua Pemuda Negeri.
No comments:
Post a Comment