Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, May 18, 2009
SIAPAKAH YANG MENDESAK SULTAN PERAK JANGAN BUBARKAN DUN ?
Teman terpikio , pasal ape Tan Sri Nazri Aziz kata "Jangan desak Sultan Perak bubarkan DUN Perak".Yang kita tahu dan rakyat semua tahu siapa yang desak sultan Perak, ini bukan desakan tetapi denyutan nadi rakyat Perak.Yang mendesak merampas kerajaan pimpinan MB Nizar yang sah, siapa? Tak ke PM Malaysia baru kite?
Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak cuba mengalih perhatian umum berkaitan isu pembubaran DUN Perak kepada peruntukan kuasa istana. Kalau Sidang DUN yang dirasmikan oleh Sultan Perak (bagaimana Raja Muda Perak yang mewakili baginda Paduka Seri Sultan Perak) dikepung dengan pasukan polis dan FRU, bagaimana pula kalau dibubarkan. Sebagai raja yang memaham adat istiadat Melayu serta perlembagaan, sudah tentu baginda tak mahu melihat negeri baginda berberantakan. Pembubaran DUN Perak berdasarkan raja berperlembagaan, adalah dengan persetujuan heh heh heh! (gambar, kebangkitan rakyat di Perak).
Justeru tak hairanlah baginda Paduka Seri Sultan Perak pernah menyampaikan titah ucapan berkaitan institusi istana:
"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata." "Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat." "Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment