Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, May 9, 2009

SECARA SENYAP IRIHATI & DENGKI PENYOKONG UMNO TERUBAT DEK PEMERINTAHAN PR

Komen dari penyokong UMNO yang teman pernah bercakap dengan beliau.Mula-mula memang macam hendak bergaduh,maklumlah beliau memang UMNO dari mula mengikut keluarga.Al maklumlah ,ayahnya ketua kampong dan beliau pun kerja dengan kerajaan.Kebetulan beliau duduk di negeri Selangor maka akhirnya beliau akui kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat.Juga mengakui ramai yang hendak beralih angin ke PR tetapi kekangan bisnis, segan nanti dikata kacang lupakan kulit dan sebagainya maka cita-cita suci itu terpendam.
1. Seronoknya beliau rasai ialah bila beberapa kali bil airnya percuma walaupun tak seberapa RMnya namun itulah impian beliau apabila baru mula menjadi ahli UMNO dulu.Beliau bayangkan bila UMNO memerintah negara akan kaya dan makmor dan kekayaan akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk meringankan kos hidup sekurang-kurangnya separuh kemakmuran negara Brunei Darulsalam.
2. Beliau juga bersyukur hasil tarbiyah PR, kerajaan Persekutuan pun terikut dalam membantu ringankan beban rakyat dengan pemberian bil percuma bil letrik kurang rm20
3. Jasa Kerajaan PR Selangor dalam pemberian Skim Warga Emas dimana jika ada kematian rakyat Selangor yang berumur lebih 60 tahun akan diberi sujumlah rm2,500 pada waris sebagai bantuan ringan urusan kematian.Nampak remeh tetapi kena muhasabah dan kita kena ingat kematian datang hanya sekali.Beliau terharu bil terserempak dengan satu kematian yang melibatkan saudara jauhnya,Bayangkan keluarga itu bukan orang senang,kalau orang senangpun bila kematian berlaku orangramai tidak tahu waris mungkin masa itu tengah bulan dan simpanan tiada ,tengah sesak maka bila ada bantuan begini lega betul waris tersebut.Skim ini pula terbuka tidak kira bangsa dan perbezaan politik. Insyaallah beliau akan tukar sokongan terang-terangan bila pencen nanti.Itulah selemah-lemah penyokong UMNO tetapi kita terima dan serah pada Allah.Kebetulan pencen beliau lama lagi ,,, 7 tahun lagi.
4. Skim TAWAS juga menawan sedara-maranya ,al maklumlah beliau tiada anak kecil lagi.Beruntung di Selangor setiap bayi yang lahir akan diberi rm100 dan insyallah akan datang ibu yang jaga anak sendiri akan dapat elaun lagi.
Akhirnya dipendekkan perbualan,beliau harap semua negeri dalam Malaysia akan mencontohi cara kebajikan Pakatan Rakyat kerana semuanya untuk rakyat juga bukan segelintir orang VIP dan orang besar.

No comments: