Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 20, 2009

REHLAH KE PULAU MABUL & SIPADAN CONTOH AKTIVITI PAS YANG BAGUS DICONTOHI !

Teman terpanggil untuk memberi komen membina untuk pejuang keadilan dalam Islam PAS terutamanya dan Pakatan Rakyat khasnya.Mudahan ramai yang boleh melakukan aktiviti berkumpulan seperti Ust Nasruddin Hassan Tantawi ini di mana rehlah dapat merapatkan ukhuwah kumpula yang pergi dan rapatkan silaturahim dengan tempat yang dikunjungi.
Dari segi ibadat amat besar di mana dapat melihat kebesaran Allah dan memperkenalkan dan merapatkan rakyat terpinggir dengan perjuangan ahli PAS.
Harapan teman mudahan dapat dilakukan di Pulau Banggi dan Pulau Labuan pula.



Kampung Pulau Mabul yang terletak lebih kurang sejam perjalanan bot laju dari Semporna Sabah .
Kenangan bersama Tuan Hj. Jamaludin Imam merangkap Ketua Kampung Pulau Mabul . Beliau adalah orang pertama yang tiba dan menetap di Pulau Mabul pada tahun 1976 . Ketika itu , beliau hanya bersama 4 buah keluarga dan kini penduduk Pulau Mabul telah mencecah 2000 orang penduduk .

Sebelahnya [ baju berbelang ] adalah Tuan Hj. Yusuf , Pengerusi JKK merangkap Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Mabul . Anaknya kini salah seorang dari mahasiswa UIA .
Penduduk kampung Pulau Mabul yang majoritinya beragama Islam . mempunyai sebuah Masjid dan sebuah Sekolah Agama yang turut memberi didikan agama dalam pelbagai bidang termasuk bahasa Arab dan Nahunya . Ianya dibimbing oleh Ustaz Abd Ghafur .
Wajah sekolah agama mereka yang usang namun anak - anak gembira mempelajari feqah , tajwid , al quran dan nahu bahasa arab .
Bergambar kenangan bersama pelajar sekolah agama dan apa yang menarik ialah mereka pelajar yang baik dan mampu mengekalkan pakaian yang menutup aurat sekalipun diluar waktu persekolahan .
Kawasan isterehat yang cukup menarik di Pulau Mabul sebagai pulau persinggahan dan penginapan bagi mereka yang ingin ke Pulau Sipadan , kerana Pulau Sipadan kini diletakkan dalam kawalan di mana pelancung tidak dibenarkan berada di Pulau Tersebut selepas jam 5 petang . [ Jarak Pulau Mabul dengan Pulau Sipadan lebih 45 minit hingga 1 jam perjalanan bot ]
Memandu ke Pulau Sipadan . Bagi saya yang tidak biasa dengan gelora dan gelombang laut memang agak cemas dan memang kami berdepan dengan ombak besar dan beberapa bot kecil kami melambung . Namun Alhamdulillah semuanya selamat .

Sementara perjalanan pulang pula kami sekali diuji apabila terpaksa mengharung lautan luas lagi dalam di bawah cuaca yang tidak baik . Hujan lebat dan kabus tebal sehingga membuatkan kami halang arah di tengah - tengah lautan luas .

Agak lama kami mencari arah untuk kembali ke tanah besar Semporna , sehingga cuaca beransur pulih dan kami dapat mengambil petunjuk melalui kedudukan pulau yang banyak untuk mencari arah pulang . Hampir tiba , bot kami kehabisan minyak di tengah laut . Alhamdulillah baki minyak dalam tong simpanan masih mampu untuk membawa kami pulang . Syukur kami semua selamat dalam perjalanan yang mencemaskan .
Keindahan Pulau Sipadan sebagai antara Pulau yang tercantik di dunia .
Keindahan Pulau ini pernah terganggu dengan peristiwa penculikan pelancung
oleh kumpulan Abu Sayyaf . Sementara yang bergambar ni bukan kumpulan Abu Sayyaf .
Santai sambil menikmati keindahan ciptaan Allah swt .
Bersama beberapa orang angkatan tentera yang ditugaskan untuk berkawal di Pulau ini . Sebahagiannya tentera ini orang Kelate

No comments: