Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 22, 2009
PUSINGAN KEDUA, BN/UMNO PERLU KALAHKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN PULA (5 HAKIM) !
Teman nak ingatkan penyokong UBN ,jangan rasa selesa DUN PERAK tidak akan selesai jika gunakan mahkamah.jalan terbaik, pulangkan pada rakyat!
Mahkamah Persekutuan sebelum ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.
Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.
Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:
1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.
2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.
3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.
Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sebaik-baiknya diadakan pilihan raya sekali lagi di Perak habis cerita kerana dapat menentukan perkara ini melalui mandat rakyat. Jika tidak perkara ini akan berterusan dan tidak ada kesudahannya selagi tidak ada piihan raya sekali lagi di Perak. Walau pun ada pilihan raya ada juga yang tidak puas hati jika pilihan raya tidak dijalankan dengan adil dan betul mengikut undang-undang dan peraturan. Mesti ada check and balance jangan berat sebelah tentu akan tumbang kerana tak seimbang. Sudah tentu ia menjadi kesalahan. Biarlah adil dan saksama berfikirlah secara rasional.
Kat M`sia ada beratus2 YB. Takkan lah setiap kali YB lompat pati nak adakan pilihanraya. Yg penting adalah pengajaran. Lepas ini pilihlah YB yg ada kretibiliti. Jgn pilih YB yg berkemunginan jadi YB katak. Pilih BN saje. Belum ada YB BN yg jadi katak..
Post a Comment