Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 8, 2009
PM BUAT KITA BUAT : CARA RAMPASAN DUN PERAK MUNGKIN MENULAR KE TERENGGANU ?
Bapa borek anak rintek .... BN mengajar anak buahnya dengan cara jelik,kotor, undang2 rimba , gopoh, tergocoh dan banyak lagi.
Tersebar luas berita kononnya Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said akan ditukar pada 12 Mei ini (enam hari dari hari ini).
Berita ini disebarkan di Kuala Lumpur. Orang di Terengganu mungkin tidak ramai yang mengetahuinya.
Punca berita dikatakan terpancut keluar daripada mulut Ketua Perhubungan UMNO Terengganu yang dilantik oleh Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa Menteri Besar Terengganu akan diganti.
Kalau bohong saya, bohonglah beberapa orang penting akhbar arus perdana.
Hishamuddin dalam pertemuan dengan sekumpulan kecil wartawan memberi hint berkenaan dan orang penting surat khabar bercakap mengenai perkara ini di mana-mana.
Punca sebenar Ahmad Said mahu digantikan dikatakan dikaitkan dengan beberapa siri desakan 10 ADUN yang tidak berpuashati dengan Menteri Besar itu.
Sesiapa pun akan percaya dengan ‘hebahan awal itu’ kerana Hishamuddin, selain kini Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, juga Naib Presiden UMNO.
Lebih penting, ia rapat dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sepupunya pun!
Hishamuddin juga dikatakan rapat dengan beberapa pemimpin Pemuda UMNO Terengganu yang dilihat rapat dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.Menurut orang penting surat khabar, Hishamuddin membuat hebahan itu selepas bertemu dengan orang penting istana Terengganu beberapa hari lalu.Malah, dikatakan pertemuan di puncak bukit itu turut disertai beberapa ‘orang istana’ dan juga pegawai tinggi Kerajaan Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment