
1. KES PPSMI : SAMPAI BILA IANYA HENDAK DIKAJI , LAKSANA DULU BARU BUAT KAJIAN
2. KENAIKAN HARGA BAHANAPI : DAH LAKSANA BARU NAK BUAT KAJIAN
3. KES ANAK IKUT AGAMA MANA : TAN SRI AZIZ BERI KEPUTUSAN DAN SEKARANG YB KHIR
JAMIL DISURUH BUAT KAJIAN !
4. KES AKTA ISA DAH LAMA DIGUNAKAN : SAMPAI SEKARANG NAJIB KATA NAK KAJI DAN NAK KAJI ITU SAJA.
5. KES KENAIAKN HARGA BARANG : DAH DINAIKAN BARU NAK BUAT KAJIAN
Media hari ini melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin meminta PPSMI terus dikaji samada ianya wajar diteruskan atau dihentikan.
Muhyiddin Yassin dilaporkan mengarahkan kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilanjutkan kerana beliau tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.
Sampai bila ianya hendak dikaji sedangkan semasa dasar ini diperkenalkan dulu kajian terperinci langsung tidak dibuat, tahu-tahu ianya terus mahu dilaksanakan.
Kelemahan dan kebongkakan kerajaan BN dan pemimpin BN yang tidak mahu tunduk dengan desakan rakyat supaya memansuhkan PPSMI wajar diajar sekali lagi pada PRK Penanti kelak.
Mari sama-sama kita tumbangkan BN di Penanti dengan pukulan maut menghilangkan deposit BN supaya ia terus masuk kubur dan tidak muncul-muncul lagi di atas dunia ini.
No comments:
Post a Comment