Hari ini dalam sejarah, iaitu buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya kecil BN 'enggan' meletakkan calon secara rasmi. Alasan kunonya adalah 'membazirkan' duit rakyat. Maknanya pertama kali dalam sejarah UMNO cuba mendidik rakyat untuk 'meniadakan demokrasi' melalui pilihanraya. UMNO mahukan rakyat berfikir negara wajar ada dan pergi kepada sisitem SATU PARTI. Iaitu parti BN lah segala-galanya. Dimana jaminan Bn adalah parti berwibawa, parti berjasa, parti memerdekakan negara, parti melahirkan tokoh negara dan negarawan negara, parti mencerdikan rakyat, malah segala-galanya adalah jasa UMNO khasnya dan BN amnya.
Apa tidak bila berlaku pilihanraya kecil, duit negara 'bangkrap' kerana pengurusan pilihanraya satu hal. Malah yang besar adalah pengurusan jentera parti UMNo yang menggunakan dana kerajaan milik rakyat. Belanja pilihnaraya kecil kata SPR tidak habis RM350 ribu, tetapi kerajaan beri tahu belanja satu pilihanraya kecil mencecah RM63 juta. Inilah alasan popular yang menghalalkan dan difatwakan oleh mesyuarat tertinggi BN baru sebentar tadi.
WALAUBAGAIMANAPUN KITA PERLU PASTIKAN DI HARI PENAMAAN CALON ! KALAU BETUL BN TIDAK UMUM CALON MAKA NAJIB MEMANG BERCAKAP BENAR .
No comments:
Post a Comment