
Ampun Tuanku Beribu Ampun Tuanku, Sembah Patikh Harap Di ampun , patik yang asalnya rakyat tuanku yang duduk di Selangor mohon tuanku nasihatkan pegawai tuanku agar bubarkan DUN Perak sebelum kemelut ini berpanjangan.Buat permulaan Tuanku tangguhkan dulu Persidangan pada 7 Mei ini.Ampun Tuanku.
Speaker DUN Perak V Sivakumar memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah menimbangkan supaya persidangan dewan itu yang dijadual Khamis ini ditangguhkan sehingga isu siapa Menteri Besar yang sah diputuskan oleh mahkamah.
Surat Speaker Kepada Tuanku Sultan Perak
Surat telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan Dewan Negeri Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian. Sidang Dewan Negeri Perak dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009.
Saya membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah. Kes Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Dato Seri Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan YAB Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah.
Tambahan pula, saya juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut. Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu.
YB. V.Sivakumar
Yang Dipertua Dewan
Negeri Perak Darul Ridzuan
No comments:
Post a Comment