Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, May 27, 2009
MESEJ BERSURAT UNTUK MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA ?
Teman heran benor pada Zahid Hamidi batalkan kehadiran berhujjah dengan Husam Musa.Teman simpati , dilaporkan oleh budak kroninya beliau kena angin segugut katanya.Teman faham ,budak kroninya yang kerap tengok cerita Seniman Bujang Lapok memang hafal dialog cerita P.Ramlee tu.Teman pun heran tapi respek pada YB Husam yang sentiasa mengirim surat tak layang tapi hantar betu-betul serta ada sk lagi.
Surat ini patut disebarkan & dicetak agar rakyat Malaysia ramai yang tahu situasi sebenarnya.
YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pejabat Menteri Pertahanan
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tingkat 5, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur Fax: 03: 26985372
YB Dato’ Seri,
PENYERTAAN DALAM RANCANGAN ‘HUJJAH’ DI TV9 PADA 26HB MEI 2009 JAM 9.30 MALAM
Sukacita saya menarik perhatian YB Dato’ Seri kepada perkara di atas.
Saya telah dimaklumkan oleh pihak TV9 bahawa YB Dato’ Seri telah membuat keputusan untuk membatalkan penyertaan YB Dato Seri di dalam rancangan tersebut pada saat-saat akhir oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. Pada asalnya, saya dijadualkan akan menjadi ahli panel di dalam rancangan tersebut bersama-sama dengan YB Dato’ Seri, dengan Prof Madya Dr Agus sebagai moderator dalam rancangan tersebut pada malam ini 26hb Mei 2009 jam 9.30 malam.
Saya merasakan bahawa tajuk yang akan dibincangkan mengenai ‘Politik Wang’ adalah merupakan suatu tajuk yang amat mustahak dan relevan dengan situasi sekarang, dan rakyat secara keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran YB Dato’ Seri dan juga saya sebagai wakil dari PAS, untuk menangani permasalahan politik wang ini.
Oleh yang demikian, saya memandang berat keputusan YB Dato’ Seri untuk membatalkan kehadiran di dalam rancangan ‘Hujjah’ pada malam ini. Saya memohon agar YB Dato’ Seri dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut supaya saya dan YB Dato’ Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang di dalam rancangan ‘Hujjah’ pada malam ini.
Sukacita saya memberikan tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk pihak YB Dato’ Seri memberikan pengesahan untuk hadir dan ikut serta di dalam rancangan tersebut pada malam ini.
Di atas kesudian dan kerjasama YB Dato’ Seri itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
YANG BENAR,
Husam Haji Musa
26.05.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment