Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 4, 2009

MEROBOH BANGUNAN RANSANGAN SATU MALAYSIA ?

Dengar kabar dari Kuala Terengganu oleh Elbi dari Ar-Risalah bahawa Bangunan MARA di hadapan Taman Shahbandar dekat sini yang sedang disewa oleh peniaga-peniaga sediada akan menghadapi dilema kerana akan dirobohkan.
Banyak pihak yang mempertikaikan keputusan pihak pengurusan MARA yang berhasrat merobohkan bangunan tersebut sedangkan ianya masih elok dan kukuh.

Para peniaga kini terpaksa mencari dana tambahan bagi mengongkosi perpindahan dan juga premis baru yang sudah pasti mencecah ribuan ringgit.
Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Mohamad mempersoalkan kewajaran kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang menyokong tindakan mahu merobohkan bangunan tersebut.
Dalam situasi kegawatan serta kelembapan ekonomi masakini , kerajaan wajar membuat pertimbangan semula keputusan tersebut .
“Saya rasa dalam keadaan ekonomi yang lembab dan tidak rancak kenapa perlu kerajaan bazirkan wang rakyat untuk roboh dan bina bangunan baru.
“Bangunan MARA ini masih elok, baik dan kukuh meski pun telah berusia 30 tahun,” jelasnya.
Menurutnya, bangunan tersebut milik MARA yang menyediakan premis perniagaan kepada usahawan Melayu di negeri ini.
Beliau yang menjalankan perniagaan di premis berkenaan sejak 20 tahun lalu tetapi masih belum mampu memiliki bangunan sendiri.
Saudara Mohd Fahmi Fauzi, 27, merayu kerajaan negeri menangguhkan sedikit masa sehingga keadan ekonomi pulih dengan baik.
Katanya, bayaran sewaan premis di bangunan kepunyaan MARA agak rendah serta membolehkan usahawan Melayu berniaga.
“Kami (penyewa) bukan tidak mahu pindah tetapi sewa premis di sini (MARA) masih rendah dan boleh ‘hidup’ (berniaga).
“Semua bangunan yang ada di Bandar Kuala Terengganu ini sewaan melebih RM 2,500 sebulan dan kami (peniaga) tidak mampu,” ujarnya.
Katanya, kerajaan yang prihatin wajar membantu rakyat yang tidak mampu apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang lembab.
Seorang peniaga yang enggan disebut namanya berkata notis pindah telah dikeluarkan dan banyak premis perniagaan telah dikosongkan kerana bimbang tindakan undang-undang dikenakan.

No comments: