Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 22, 2009
MENGEJUTKAN ! MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DISEDIAKAN HELAIAN BERCETAK DAN JAMUAN RESMI DALAM LAWATAN MENGEJUTNYA?
Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin bersikap kurang sopan dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang elok terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo’lo’ Hj Ghazali semalam.
Peristiwa tersebut berlaku ketika Ahli Parlimen PAS Titiwangsa itu, berjalan bersama-sama dengan rombongan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan melawat Keramat Mall Kg Dato Keramat petang semalam. Turut bersama di dalam rombongan tersebut ialah Dato Ahmad Fuad Ismail (Datuk Bandar Kuala Lumpur), Datuk Dr. Suleiman Mohamad (Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa), dan Timbalannya Datuk Johari Ghani.
Ketika berjalan melawat bangunan tersebut, Dr Lo’lo’ bertanya mengapa beliau tidak dimaklumkan mengenai lawatan mengejut tersebut, Raja Nong Chik menjawab dengan selamba, ” I turun everywhere takkan nak bagitau you semua. NI SAYA NAK PERGI TANDAS, TAKKAN NAK BAGI TAU YOU, YOU NAK IKUT KE?”.
Percakapan tersebut didengari oleh semua hadirin dan wartawan-wartawan yang hadir dalam lawatan tersebut.
Pegawai ahli parlimen Titiwangsa, Shahir ketika dihubungi berkata lawatan mengejut Menteri Wilayah tersebut tidak dimaklumkan kepada YB Dr Lo’lo’. Walaubagaimanapun Dr. Lo’lo’ tetap menghadiri lawatan tersebut atas rasa tanggungjawab sebagai ahli parlimen.
Dr. Lo’lo’ juga turut menafikan di dalam blog beliau bahawa apa yang dikatakan ‘lawatan mengejut’ adalah tidak benar. Menurut beliau, turut serta dalam lawatan tersebut adalah KSU Kementerian WP dan beberapa pegawai tinggi kementerian, Dato Bandar KL, Ketua Pengarah DBKL dan sebahagian besar Pengarah-Pengarah Jabatan-Jabatan serta Pegawai-pegawai Tinggi sehinggalah kepada kakitangan rendah DBKL.
“Saya juga lihat dalam majlis tersebut ada atur-cara rasmi yang disediakan dalam helaian bercetak, taklimat oleh konsultan, jamuan dan persiapan-persiapan lain. Persatuan Peniaga WP cawangan Pasar Dato Keramat juga diwakili oleh semua AJK, dan yang paling menonjol adalah kehadiran Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa bersama Timbalan, AJK, Wanita dan Pemuda UMNO. Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa diberi tempat istimewa sebelah Menteri WP sepanjang majlis tersebut.” kata beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa.
Dr Lo’lo’ turut memberitahu bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan adalah jauh lebih matang, berhemah dan sering bersikap prpfesional terhadap beliau dan juga ahli-ahli Parlimen yang lain.
Satu sidang media membantah kebiadapan Menteri Wilayah Persekutuan terhadap wanita dan Yb Dr Lo’lo’ akan diadakan pada hari ini 22 Mei 2009, jam 11 pagi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kebiasaannya begitu. Kalau ada majlis Kerajaan biasanya pembangkang tidak ada. Sepatutnya Ketua Bahagian UMNO TTW tidak boleh berada bersama melainkan kalau majlis tersebut di taja oleh umno sendiri. Cuba check darimana peruntukan majlis itu. Daripada poket sapa? Menteri menteri ini mesti lebih berhati-berhati. jangan gunakan duit pembayar cukai untuk kepentingan parti.
Post a Comment