Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, May 27, 2009
LIM BOO CHANG KELUAR DARI KEBOBROKAN MCA DAN SERU PENGUNDI PENANTI UNDI PR
Beliau menyatakan bahawa terdapat ramai pihak polis dari orang ramai di DUN Penanti .Beliau berkata adalah menjadi hak beliau untuk berucap mengenai kebajikan rakyat dan sebagai sebuah negara demokrasi hak asasi pekerja, petani, dan rakyat teramai.Kerajaan telah membazirkan wang dengan membantu pegawai Perpaduan,Kemas,namun dalam beberapa pilihanraya yang lepas janji -janji masih beluam tertunai lagi dan mengapa janji-janji yang dibuat pada pilihanraya kecil Permatang Pauh , masih belum di tunaikan.Mungkin ini adalah salah satu punca kenapa Umno tidak mahu bertanding di Penanti.Demikian jelas Lim Boo Chang pengamal undang -umdang lulusan England ini adalah bekas wakil rakyat bagi MCA dan Gerakan di kerusi DUN Keramat Pulau Pinang.Beliau kini telah di lantik sebagai ahli majlis perbandaran dan bertugas khas untuk mewakili mana-mana ahli yang tahan atas kesalahan politik.
Menurut Boo Chang beliau bukan melompat ,beliau berhenti sebagai wakil rakyat setelah melihat kebobokan yang berlaku dalam MCA dan juga gerakan dan mengambil keputusan untuk keluar dari parti tersebut kerana menurut beliau ini adalah kerana PKR mempunyai berbagai bangsa di dalamnya.
DS Najib mungkin tidak mahu mengadapi kekalahan oleh sebab setiap kali pihanraya kecil dan DS Najib telah menjadi pengarah pilihanrya , semuanya telah tewas , maka kerana itu apabila beliau menjadi Perdana Menteri imej tersebut harus di hentikan supaya ianya dapat menampung di beberapa kekalahan pada pilihanraya yang lepas misalnya pilihanraya kecil di Permatang Pauh ,Bukit Selambau dan Bukit Gantang., Jika ini berterusan maka kepentingan Najib akan di cabar di dalam parti Umno.
Menurut Boo Chang lagi sesebuah parti yang mempunyai pemikiran yang tidak mahu bertanding ,maka ianya di anggap sebagai lari dari tugas-tugas dalam perlembagaan parti Umno sendiri.
Memang Umno tidak mahu bertanding, namun bayangan Umno yang bertanding wujud dengan bertujuan agar jika Dr Mansor kalah, ianya akan memberi tekanan dan cabaran yang cukup hebat terhadap kewibawaan DSAI di bukan sahaja di Permatang Pauh dan Malaysia namun di mata antarabangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment