Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 20, 2009

KESIHANLAH KHIR TOYO , NAMPAKNYA DIA SOKONG AIR DITADBIR OLEH KERAJAAN NEGERI?


Teman raser yang elok ,molek dilakukan .Yang menghairankan teman dalam blok Khir ,komen pembangkang tak ada ke? semua komen baik je? AHli Pemikir ke? AHli Fikir atau Ahlil Nujum?
Empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Umno Barisan Nasional telah dipanggil memberi penjelasan kerana mengeluarkan kenyataan di bawah Enakmen Penghinaan DUN Selangor 2008.
Mereka ialah ADUN Sabak Bernam, Warno Dogol, ADUN Hulu Bernam, Mohamed Idris Abu Bakar, ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim dan ADUN Dengkil, Marsum Paing.
Kesemua mereka, termasuk Khir Toyo diwakili 7 orang peguam, termasuk peguam bela Kamarul Hisham, yang mengendalikan kes pembunuhan model Mongolia, Altuntuya Shariibu.
Katanya, keputusan mengenai kedudukan Khir dan empat ADUN itu akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN Selangor pada 19 Mei ini.
Teng berkata, jika mereka didapati bersalah, Jawatankuasa yang dipengerusikan olehnya, boleh sama ada memberi teguran, amaran, menggantung keahlian atau meluputkan gaji mereka sebagai wakil rakyat.
Dalam pada itu, Teng berkata jawatankuasa itu juga telah membuat laporan polis minggu lalu berhubung keenggan isteri Khir, Zaharah Kechik hadir pada perbicaraan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Mac lalu.
Menurut Teng, disebabkan Zaharah bukan wakil rakyat dan tidak tertakluk kepada peraturan dewan, pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan membuat laporan kepada Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
Jika sabit kesalahan, Zaharah yang dituduh mengikut Seksyen 3(b) Enakmen Penghinaan Dewan Undangan Negeri Selangor 2008, boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan atau denda tidak lebih RM5,000.
Khir dan isterinya enggan hadir pada perbicaraan hampir 2 minggu itu dengan mendakwa jawatankuasa Selcat berkenaan tidak diiktiraf oleh Peguam Negara.
Seramai 14 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyelewengan dan salah guna kuasa Badan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) yang dipengerusikan oleh Zaharah Kechik.

No comments: