Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 29, 2009

KESA NAYA ! DISEBABKAN KECUAIAN MEREKOD JABATAN PENDAFTARAN NEGARA ARAH NIKAH SEMULA!

ANAK KELIMA TIDAK BOLEH BERBIN BAPA : BAPA MINTA PENJELASAN

TELUK INTAN, 29 Mei - Seorang bapa berasa pelik dan musykil kerana anak kelimanya tidak boleh berbin kan namanya sedangkan kempat-empat anaknya sebelum ini boleh berbinkan namanya.
Zainuddin Ibrahim, 53, berkata beliau telah mendapatkan penjelasan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Hilir Perak. Pihak JPN telah mmemaklumkan bahawa sijil nikahnya tiada dalam pendaftaran. Pihak JPN juga meminta beliau membuat pengesahan semula dengan kadi yang menikahkan beliau dulu sedangkan kadi yang menikahkan beliau telahpun meninggal dunia.
Hacharan Singh (kiri) bersama Zulkifli.
Beliau juga ada merujuk ke Pejabat Agama Daerah Hilir Perak untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Malangnya mereka meminta saya melakukan nikah semula untuk mengeluarkan sijil nikah yang baru," ujar beliau dengan kesal.
Beliau berkata, perkar ini tidak sepatutnya berlaku kerana urusan merekodkan sesuatu perkahwinan dan nikah itu adalah tanggunggjawab agensi berkenaan dan bukan kelalaian beliau. Akibatnya, anak kelima beliau terpaksa berbinkan Abdullah dan hal ini telah memalukan keluarganya.
Sementara itu, bekas Ahli Majlis MPTI, Saudara Hacharan Singh berkata, perkara ini seharusnya menjadikan perhatian kerana ia menyentuh keaiban seseorang.
"Perkara ini perlu menjadi iktibar kepada semua kakitangan kerajaan kerana gaji mereka dibayar oleh rakyat melalui cukai yang dikenakan dan seharusnya mereka lebih bertanggungkjawab," ujar beliau lagi.

4 comments:

Anonymous said...

ni apa punya kes nih??
takkan sampai macam tu sekali!!
kena akad nikah tu satu hal..

yang kena binkan abdullah pasal apa??

bodoh punya kakitangan kerajaan!! (yang terlibat sahaja laaa)

Yong said...

Satu hari nanti deme akan tanya emak Yong mana sijil nikah dia. Ayah Yong dah lama meninggal dunia. Ayah dan emak kahwin diluar negara. Uwahhh...

fidel castro said...

salam..
sama lah nasib sahabat ku tarikh lahirnya 30hb february.

frossonice said...

Salam,

Tuan, JPN tidak menyimpan rekod perkahwinan orang Islam. Itu kerja majlis agama. JPN hanya menyimpan rekod perkahwinan dan perceraian orang bukan Islam sahaja. Baca piagam pelanggan sebelum bising.

Agak pelik kenapa berlaku anak tidak boleh berbinkan bapa kalau anak sebelum sudah ada rekod. Ianya tidak sepatut menjadi masalah. Mungkin ada sebab lain yang cuba diselindung. Hanya Tuhan yang tahu.