Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 14, 2009

JENAYAH PERLEMBAGAAN YANG AMAT SERIUS DIARAH KETUA POLIS NEGARA?


KETUA Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Musa Hasan segera melepaskan jawatan ekoran tindakan pihak polis mencampuri urusan Dun Perak pada 7 Mei lalu.

“Tindakan polis mencampuri urusan Dun merupakan suatu jenayah perlembagaan yang amat serius sekali gus meruntuhkan doktrin pengasingan kuasa yang telah diamalkan oleh negara ini sejak lebih 50 negara ini mencapai kemerdekaan,” kata Shamsul.

Menurut Shamsul, Polis seharusnya bertanggungjawab mempertahankan hak undang-undang bukannya meruntuhkan kedaulatan perundangan negara sebagaimana berlaku di Perak.

“Apabila polis telah menceroboh doktrin pengasingan kuasa antara kuasa, legistatif, kuasa Eksekutif dan kuasa Perundangan ,ia akan memberi masej jelas kepada seluruh dunia bahawa negara ini secara keseluruhannya sedang menghadapi krisis perundangan yang amat parah.

“Seharusnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Polis Negera memahami realiti bahawa pembatasan kuasa yang diberikan selama inilah yang menjamin kestabilan, keamanan dan keharmonian negara selama ini.

“Apabila pembatasan kuasa ini telah dinodai dengan tindakan polis yang semata-mata bertindak mahu menyelamatkan kuasa BN di Perak maka negara ini sedang berhadapan dengan kekacauan dan kemelut keamanan yang membimbangkan seluruh rakyat negara ini,” jelas Shamsul.

Menurutnya lagi, seluruh rakyat di negara ini sedang berada dalam ketakutan kerana tindakan polis tersebut telah menyebabkan rakyat akan hilang keyakinan terhadap sistem keadilan di negara ini.

“Rakyat bawahan atau mereka yang berada di kampong-kampong mungkin tidak menyedari kesan dari tindakan polis menyalahguna kuasa di Dun Perak tetapi kalau ditanya kepada pengamal undang-undang atau mereka yang yang ada pendidikan setentunya mereka akan menyatakan negara ini sedang berada dalam keadaan amat merbahaya.

“Keamanan dan kestabilan negara sedang berada diambang kehancuran, semua sistem samaada sistem pentadbiran, kehakiman, kepolisian dan sebagainya akan berhadapan dengan krisis keyakinan rakyat.

“Diperingkat antarabangsa pula, negara ini tidak lagi diyakini oleh pelabur luar malah pelabur juga turut takut untuk berurusan dinegara ini kerana semua sistem yang menjamin prinsip keadilan telah tiada lagi,” ujar Shamsul yang juga seorang peguam.

Menurut Shamsul lagi, kesan campurtangan polis terhadap institusi Dun Perak bukan sahaja suatu bentuk salah guna kuasa dan menghina kuasa Legistatif malah suatu penderhakaan badan penguatkuasaan itu terhadap kedaulatan negara.

“Ini suatu tindakan yang amat serius dan amat menakutkan dan Menteri Dalam negeri, Hishamudin Hussein dan Musa Hasan perlu segera melepaskan jawatan mereka serta merta sekiranya mahu menyelamatkan negara ini dari terus akan meletakkan negara ini dalam kehancuran.

“Sekiranya mereka tidak meletakkan jawatan, nama mereka akan tercatat dalam sejarah hitam negara sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap keruntuhan negara,” katanya

Sehubungan itu AMK dan seluruh barisan pemuda Pakatan rakyat akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat untuk mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi memastikan Hishamuddin dan Musa di seret kepengadilan atau mereka perlu melepaskan jawatan mereka serta merta.

No comments: