Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, May 23, 2009

JANGAN HARAP SANGAT PADA TUN ZAKI TUN AZMI,MOHON PADA ALLAH YANG MAHA BESAR!


Keputusan semalam semua dah tahu dan orang kampong pun dah tau, Datuk Zambry Abdul Kadir mencipta sejarah kerana menjadi Menteri Besar dengan keputusan mahkamah bukan melalui prosedur biasa iaitu pilihan rakyat dalam proses dan lunas demokrasi. Manakala Dato Seri Ir Nizar Jamaludin dinafikan sebagai Menteri Besar melalui keputusan Mahkamah yang mengenepikan proses Dewan Undangan Negeri.
Ini mendedahkan sistem demokrasi dan keadilan dalam negara mempunyai kepincangan apabila kuasa eksekutif dan legalisatif tidak terpisah di antara satu sama lain. Malah setiap satunya dilihat boleh terpengaruh dan dipengaruhi.

Peluang Nizar melalui proses perundangan yang tinggal setapak lagi iaitu melalui rayuan ke Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi dalam negara. Jika tewas di situ, peluang Nizar untuk menjadi Menteri Besar melalui proses perundangan dikira sudah tertutup rapat.
Saya menggesa agar tidak terlalu mengharap kepada Mahkamah Persekutuan akan memberi keadilan kepada Nizar. Mengapa? Siapa hakim tertinggi di Mahkamah Persekutuan? Ketua Hakim Negara. Siapa ketua Hakim Negara? Tun Zaki Tun Azmi. Seorang bekas peguam yang selama ini yang banyak mewakili Umno dalam kes mahkamah. Malah terlibat sebagai panel dalam Lembaga Rayuan dan Disiplin Umno! Pelantikannya beliau sebagai Ketua Hakim Negara sendiri mengundang kontroversi kerana mengepikan hakim-hakim yang lebih senior.
Jadi kepada siapa lagi kita nak mengharap. Sudah pasti hanya kepada Allah SWT serta kepada rakyat untuk menghukum kerakusan Umno@BN dalam pilihanraya umum ke 13. Masa tiga tahun setengah bukanlah lama. Pakatan Rakyat perlu mengekalkan momentum sokongan rakyat dengan meningkatkan gerak kerja untuk memberi pengajaran kepada Umno@BN untuk ditalkinkan dalam kamus politik negara.

No comments: