Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 5, 2009

JALUR LEBAR HANYA SEBUAH PRODUK UNTUK DIJUAL DI MALAYSIA




Sedih bila melihat dan merasai sendiri teknologi jalur lebar (broadband) di Kuala Lumpur dan Selangor tidak disenggara,ditingkat dan dipantau dengan berkesan.Sepatutnya Lembah kilang 0.001 peratus kegagalan capaian internet.Sewajarnya pihak syarikat yang menjual dan mengawasi produk tersebut seperti Streamyx Broadband, Maxis Broadband dan Celcom Broadband harus sentiasa mengawasi setiap hari jika sistem mereka perlu diperluas dan ditingkatkan (upgrade) keupayaan,kelajuan dan keluasan sistem mereka selari dengan pertambahan pengguna yang kian hari kian bertambah.
Saya cabar Cyberjaya di uji sekitarnya adakah capaian internet di sana memuaskan? Kalau di PutraJaya ada kawasan yang belum ok,sudah tentu di Bukit Beruntung dan di Hulu Selangor dan contoh terbaik di Bukit antarabangsa Hulu Kelang, capaian internet juga mengecewakan.Sewajarnya pengguna boleh mengemukakan komplen jika mereka beli broadband dengan bayaran sebulan RM138 dengan dijanjikan 3G serta kelajuan 3 Mbps, malangnya di rumahnya di Rawang hanya 53 kbps GPRS sahaja.
Inilah rentetan rintihan pengguna yang menggunakan P1 Wimax lagi,di Taman Melati Yang Sangat Lembap Sekarang.Masa mula-mula masa mendaftar dengan P1 wimax awal minggu lepas, nampaknya macam tidak ada masalah. Tetapi beberapa hari kebelakangan ini ada masalah.
Mula-mula ada masalah untuk login selama lebih dari 1 hari. Menurut orang CS, tower rosak dan sedang dibaiki. Masalah selesai.
Tetapi, sejak hari itu broadband saya sudah jadi lembap yang amat sangat. Bukan dengan kelajuan download, tetapi kelajuan untuk upload. Apa jenis upload semua tak jalan - nak hantar attachment dalam email, nak upload gambar, nak hantar email pun lembap dan kena ulang berkali-kali.
Harap-harap P1 dapat cepat selesaikan masalah ini.
Jika pengguna ditawarkan 56K pastikan kelajuan yang diperolehi 56k.Jiaka broadband nay patut dapat kelajuan 3 MBPS haruslah pembeli dapat kelajuan tersebut.

No comments: