
Bir Halal agenda One Malaysia ?
Kita dikejutkan dengan ura - ura bakal dibina Kilang Bir halal [ tanpa alkohol ] di negara kita .Dicatat dalam akhbar syarikat itu dari Iran pula. Mungkin sekilas pandang ianya seperti usaha kreatif dan menjadi alternatif yang baik bagi menangani kebanjiran minuman beralkohol mutaakhir ini .
Namun kita mesti sedar bahawa istilah bir halal ini sangat mengelirukan . Bir adalah popular sebagai minuman beralkohol dan memabukkan . kenapa tidak sahaja menggunakan istilah atau jenama lain tanpa menggunakan istilah yang sama dengan minuman yang memabukkan itu .
Mungkin juga ini adalah pendekatan pihak tertentu yang berniat tidak baik terhadap ummat Islam lantas sengaja menimbulkan keraguan kepada ummat Islam dengan istilah bir halal .
Saya percaya ummat Islam sangat tidak senang dengan istilah ini dan mereka seperti mahu menggambarkan ummat Islam sangat menggemari minuman bir ini sehingga dihasilkan bir yang halal .
Istilah sebegini samalah pedih jika mereka kata Malaysia akan hasilkan arak yang halal , riba yang halal , rasuah yang halal dan sedikit masa lagi tidak mustahil mereka akan hasilkan daging babi yang halal untuk Malaysia .
One Malaysia ni belum ada menu yang jelas ke untuk membezakan antara yang halal dan haram ? Dr Mashitah dan Kol. Jamil Khir sekarang apa khabar
No comments:
Post a Comment