Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 20, 2009

ISU PERAK & MB NIZAR BUAT BANGSA CINA & INDIA MEMAHAMI & MENDALAMI ISLAM !

Ceramah tempohari di Taman Medan memberikan tanda amat jelas bahawasanya pemerintahan di bawah MB, Dato Seri Nizar memberikan manafaat membuka hati orang-orang bukan islam untuk tidak takut pada islam malah menjadi pegangan dan ikutan di kalangan yang bukan islam.
Menyentuh isu perak, YB Kesavan dan YB Lee Kang mengupas hadis-hadis dan menyentuh sirah islam mengenai hijrah Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah.Sesungguhnya selama ini apa yang umno lakukan cuma memecahbelahkan masyarakat majmuk di malaysia dan menakutkan bukan islam terhadap PAS.
Walaupun BN berjaya merampas secara samseng kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat tetapi harga hasil perjuangan pakatan rakyat berbaloi. Seluruh rakyat malah seluruh dunia tahu betapa rakusnya kerajaan BN pimpinan najib dalam merampas kerajaan negeri Perak.
Perkembangan yang positif itu menunjukkan jika ada pilihanraya di Perak, kemungkinan kerusi PR akan bertambah dari 31 kepada 45 atau lebih lagi. Ditambah lagi dengan pengumuman Najib untuk tidak bertanding di Penanti memberi alamat bahawa BN tidak mampu untuk menangkis persoalan yang mungkin di tanya oleh para pengundi nanti di Penanti.
Kesimpulannya, hadirnya PR di Perak, walaupun setahun lebih menunjukkan sikap keterbukaan dan toleransi antara PKR, PAS dan DAP memberikan lebaran baru hubungan mesra antara islam dan bukan islam dan keadilan sejagat pada semua kaum tanpa mengira agama atau bangsa asalkan yang dibantu itu golongan daif dan miskin dan bukannya
'YANG KAYA SEMAKIN KAYA, YANG MISKIN PAPA KEDANA'
ISLAM ITU SYUMUL
TAKBIR!!!!

1 comment:

Malaysian said...

Saya jangka Perak akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi!!!

Kembalikan Hak Rakyat!

Bubarkan DUN Perak!

Regards,

Malaysian Come First

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/