Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, May 5, 2009
GAYA SENGET SEBELAH SPR & UMNO SEPERTI BELANGKAS
Rupa-rupanya BN sudah mula takut kepada Pilihanraya Kecil.Najib akhirnya dapat bermesyuarat menentukan samada BN hendak bertanding di Penanti atau tidak.Namun penantian penyokong UBN hampa ,sampai la ni PM tidak memberi apa-apa komen dan keputusan lagi.
SPR gandingan mantop BN telahpun membuat keputusan nyanok iaitu menghadkan kehadiran penyokong ke hari penamaan calon PRK.Begitu juga pondok panas yang telah memanaskan punggung mereka selama ini juga hendak dimansuhkan.Kita sebelum ini telah disusahkan oleh SPR dengan membuat persempadanan semula kawasan DUN dan Parlimen sampai mengelirukan pentadbiran PBT dan Majlis Daerah dan pejabat tanah.
Sebelum ini semua surat akhbar arus perdana memaparkan jumlah kos Pilihanraya Kecil sebanyak RM33.4 juta. Kos yang paling tinggi adalah digunakan oleh pihak Polis Malaysia iaitu RM11.5 juta di Kuala Terengganu, Permatang Pauh RM2.5 juta, Bukit Gantang RM7 juta, Bukit Selambau dan Batang Ai masing-masing Rm5 juta; manakala SPR menggunakan RM580,000 di Kuala Terengganu, RM600,000 di Bukit Gantang, RM409,000 di Permatang Pauh dan masing-masing RM400,000 di di Bukit Selambau dan Batang Ai.
Hanya tidak didedahkan jumlah salahguna kuasa oleh BN, berapa puluh juta dari setiap Kementerian dan Projek-Projek Mee Segera. Berapa ratus juta pula janji BN untuk projek akan datang disemua kawasan Pilihanraya itu. Janji ini sesetengahnya jangan harap mereka laksanakan terutamanya ditempat mereka kalah.
Rasuah politik? Berapa ratus ringgit seorang? Ooop, ada rasuah ke? Kalau tak rasuah, tak namanya UMNO/BN. Sama sendiri pun mereka rasuah, inikan pulak untuk dapat undi orang ramai, lagilah kuatnya mereka guna rasuah.
Memang Pilihanraya jenis ini mahal kosnya! Sebab itu kita tak mahu Pilihanraya dibawah pentadbiran BN. Mahal dan tidak berpadan, sedangkan banyak penipuan berlaku seperti undi hantu dan sebagainya.
Nantilah, kita gulingkan BN, kita akan adakan Pilihanraya yang jauh lebih murah dan jauh lebih telus.
Nampaknya BN dah menakut-nakutkan orang ramai kononnya PR sengaja nak adakan PRK! Bapak hang! Kalau takut kenapa mereka desak supaya Fairus letak jawatan? Kenapa "mereka"
ugut Arumugam letak jawatan? Mengapa mereka ugut Elizabeth Wong letak jawatan?
Sebenarnya, mereka tu takut kalah, dan didalam 5 PRK itu, mereka hanya berjaya menang di Batang Ai! Itulah sebabnya mereka cuba mengalih pandangan tentang kos pilihanraya!...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment