Teman simpati pula pada Aminah ni pasal telah diberi gelaran sepat ronggeng upps maaf Minah Ronggeng oleh Azmin.Bila diteliti ada iras-iras juga bila Aminah ni dah glamor katakan! SATU MALAYSIA dah tahu akhir-akhir ini. Jika dulu tiada siapa 1 Malaysia yang kenal Mak Cik Minah, nama pun tak pernah dengar, tapi sejak jadi calon bebas, namanya tiba-tiba meletup 1Malaysia! Cara dia meletupkan namanya sungguh mudah: cipta kontroversi ala Ezam Sesumpah.Teman ingat lagi semasa kempen PRK Permatang Pauh tak silap teman, Ezam kata ada rahsia besar tentang Anwar .. tup-tup hanya kisah surat Anwar yang Ezam gagal hantarkan kepada Mahathir. Sama ada orang mentertawakan koleksi cerita kartunnya itu hal lain. Yang penting setiap malam dengan wajah seperti orang mengantuk dengan dibantu oleh suara tergagap-gagapnya itu masuk TV.
Dan malam tadi dalam Berita TV jam 8.00 malam wajah lesu Aminah keluar lagi. Kali ini dia keluarkan kontroversi kedua pula - Mak Cik Minah menyatakan akan membongkar 'satu peristiwa di sebuah hotel' yang dikaitkan dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.
Ketika itu hati ramai tertanya-tanya, "Eh, mengapa pula Datuk Zahrain? Kenapa Mak Cik tak menyerang Dr Mansor Othman, calon PKR yang bercita-cita hendak menjadi wakil rakyat Penanti? Pengundi Penanti bukannya hendak memangkah Datuk Zahrain, dia tidak bertanding pun."
Yang paling mencuit hati saya bila tiba ke adegan penting dedah mendedah ni:
"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di......", tiba-tiba Mak Cik Minah terlupa skrip yang barangkali dihafalnya sejak dari rumah itu, "Hotel mana...?", terdengar dia berbisik kepada seseorang di sebelahnya.
"Hotel di Nibong Tebal...Jawi", kata satu suara lelaki di sebelahnya.
"Ya...hotel di Jawi pada...pada... 2007" sambung Mak Cik Minah tergagap-gagap, "Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah."
Terdengar lepas itu beberapa wartawan bertanya fakta lanjut kes yang diadukannya itu - hotel mana dan tarikh sebenar kejadian berlaku. Tapi Mak Cik Minah yang mulanya kelihatan terping-pinga kemudiannya enggan menjawab soalan itu. Mungkin skrip ceritanya belum siaplah tu, pikir teman.
Ramai mungkin gelak bila melihat cara Aminah mempersembahkan ceritanya. Sudahlah tergagap-gagap, hilang fakta pula tu. Dalam hati teman tertanya-tanya tahukah dia Jawi itu di mana? (Jawi ialah sebuah pekan kecil di Seberang Perai Selatan). Dan jika sudah ada fakta mengenai Datuk Zahrin mengapa tidak buat pengumuman terus tadi? Atau lebih cantik mengapa tidak buat laporan terus kepada pihak berwajib selepas sahaja 'peristiwa' itu berlaku dan kena tunggu menjelang PRK Penanti? Ataukah Mak Cik Minah belum bersedia memberi jawapan kerana skrip ceritanya ketika ini belum disiapkan sepenuhnya oleh pembantunya?Ataupun sengaja perbanyakkan koleksi cerita hingga hari akhir menjelang Hari Mengundi pada 31 Mei 2009.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
iklan dah merata2....filem x siap lg...skrip pon br buat sekerat...apekehey nye yong???
Post a Comment