Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 26, 2009

BANTUAN KEMANUSIAAN ADA KASTA / DIPOLITIKKAN?


Kebakaran Di Kampung Muslim Publisiti Lebih disalahkan?
Astagfirullah,adakah bantuan kemanusiaan pun mau dipolitikkan.sumbangan utk mangsa tsunami di Indonesia & mangsa perang di Ghaza sblm ni utk rakyat Malaysia kah?org menghulurkan bantuan kerana ikhlas ingin membantu saudara yg dlm kesusahan.
wahai UMNO labuan,cukup2 lah meracuni pemikiran pembaca.Adakah setiap kali atap rumah org terbang mau panggil menteri ramai2 dtg melawat?Setiap kali rumah kena banjir mau menteri dtg.Menteri tiada kerja lain?
nota:menteri wilayah dtg pun sbb ada duta dari filipina dtg utk melawat.

Kebakaran yang berlaku di penempatan UNHCR Kampung Muslim berlaku tempohari, namun 'kepanasan' masih belum reda. Sumbangan untuk mangsa-mangsa kebakaran masih disalurkan, baik dari kerajaan, NGO maupun individu.
Publisiti berlebihan disalahkan oleh UMNO Labuan dan dengan kata-kata sumbang dari penduduk-penduduk tempatan. Mereka berpendapat kebakaran tersebut tidak perlu diberi publisiti yang meluas, kerana ianya tidak melibatkan penduduk tempatan, malah kebanyakkan mangsa kebakaran adalah penduduk asing yang memegang dokumen IMM13, dan selebihnya adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).
Keadaan menjadi lebih keruh apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik turun ke Labuan melawat mangsa-mangsa kebakaran, dan yang terbaru Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Sharizat Jalil turut turun ke Labuan melawat mangsa-mangsa kebakaran, kelmarin. Timbalan Perdana Menteri juga hampir-hampir 'terpedaya' turun ke Labuan kelmarin, namun membatalkannya disaat akhir setelah diberi maklumat mengenai status mangsa-mangsa kebakaran.
'Ketika Kampung Bebuloh ditimpa bencana, Kampung Batu Manikar banjir, tanah runtuh di Lubuk Temiang, tidak ada satu menteri pun turun melawat, bila perkampungan pendatang haram terbakar, dua menteri turun melawat memberi sumbangan. Ini seolah-olah mereka lebih penting dari penduduk tempatan, sedangkan kami pengundi berdaftar yang mengundi kerajaan, Setahu saya IMM13 tiada hak mengundi. Kenapa seperti ada 'double standard'?' - antara beberapa ulasan yang LabuanKini terima.
BN kan kerajaan yang perihatin...mendengar setiap denyutan nadi rakyat..tapi ani rakyat Malaysia ka?

No comments: