Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 22, 2009

AWAS JENAYAH BARU? LAMPU SULUH ARUS LETRIK ?


Pesanan kepada semua pemandu kenderaan.Teman dapat emel dari kawan berkenaan senjata yang merbahayakan ini digunakan oleh perompak/pencuri.
Kisahnya beliau diberitahu seorang doktor baru-baru ini.Beliau tidak fikir doktor tersebut cuba menipu atau mereka cerita ...oleh itu sampaikan perkara ini sebagai peringatan.Nak harap polis, polis terlalu sibuk nak jadi cerita selepas kisah polis Ampang merogol okt beberapa tahun lepas tup-tup hari ini berita polis merogol okt di Kuala Lumpur pula.Oleh itu ,pandai2 kita menjaga diri dan memberitahu antara satu sama lain.Berbalik pada doktor itu yang punyai klinik di SS2 dan tempa itu memang padat dan sibuk.
Satu pagi,beberapa bulan lepas seorang gadis baru keluar dari keretanya bila beberapa orang mendekatinya dan mengacukan dan menyuluh menggunakan seperti lampu suluh.Nampak seperti tidak membahayakan. Mereka menekan lampu suluh terhadap belakang gadis itu dan serta-merta gadis itu lumpuh dan rasa pitam yang amat sangat.Gadis tersebut tidak bedaya melawan , mereka libas pada peha dengan parang dan lari selepas itu.
Pada masa itu memang ramai orang disekitar dan membawa gadis itu ke klinik berdekatan.Iaitu klinik doktor yang menceritakan tadi.Kebetulan pada masa itu ada 2 orang doktor dan mereka dapat menjahit luka gadis itu tetapi keadaan gadis itu sangat menyedihkan di mana denyutan nadinya lemah dan masih pitam.Tiada denyutan nadi dan tiada BP(tekanan darah. macam dah mati.
Doktor2 tersebut hairan & keliru bagaimana satu luka di peha boleh akibatkan keadaan gadis itu macam orang mati.Akhirnya berjaya juga menyedarkan gadis itu.
Selepas membuat pelbagai pemeriksaan doktor mendapati apa yang belaku ialah gadis itu sampai tidak sedar bukan sebab lampu suluh tetapi ada senjata bervoltan tinggi digunakan.kalau ikut kiraan doktor tersebut, voltan tersebut mungkin cukup untuk membunuh seseorang jika digunakan lama sedikit.

No comments: