SEPATUTNYA TABUNG HAJI(TH) PERLU SEKURANG_KURANGNYA BERCIRI BEGINI:-
1. TH wujud untuk membantu dan memudahkan urusan rakyat Umat Islam Malaysia untuk mengerjakan Haji.
2. TH harus tetapkan harga minimum katakan RM8,000 dan jika ada pertambahan kos atau kenaikan disebabkan faktor minyak petrol atau lain-lain faktor maka TH perlu tampung melalui keuntungan dalam pelaburan yang TH ceburi seperti perladangan,perniagaan anak syarikat dan sebagainya.
3. Jika perkara no. 2 tidak boleh dipenuhi maka TH perlu terima saingan dari syarikat kecil persendirian yang lain tanpa diganggu oleh Kerajaan cuba adakan undang-undang dan prosidur.
4. TH dilarang membeli bangunan untuk pelaburan jika harganya tinggi dari harga pasaran.
5. TH dilarang buat bangunan yang tidak perlu sangat walaupun kecil.
Desak TH turunkan tambang haji KUALA LUMPUR 17 Mei – Tabung Haji (TH) digesa menimbangkan semula keputusan menaikkan kadar tambang 11 peratus untuk musim haji tahun ini.
6. Beri peranan Mufti sebagai pemantau dan penegur tetapi bukan digaji oleh TH.
Kebanyakan pihak termasuk orang ramai menyifatkan kenaikan itu agak membebankan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Md. Saleh Md. Ahmad berkata, berikutan suasana ekonomi sekarang agak membebankan rakyat, TH perlu mempertimbangkan kenaikan tersebut.
‘‘Kenaikan ini agak membebankan bagi mereka yang berpendapatan rendah, sekarang ini semua kos telah meningkat,’’ katanya ketika dihubungi di sini.
TH dalam kenyataannya kelmarin mengumumkan, kadar bayaran tambang tahun ini akan dinaikkan sebanyak 11 peratus berikutan peningkatan kos yang tidak dapat dielakkan.
Ini bermakna bakal jemaah akan dikenakan bayaran sebanyak RM9,980 seorang berbanding RM8,973 ketika ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, kenaikan perlu berpatutan sekiranya ia tidak dapat dielakkan.
‘‘TH perlu menimbang semula kadar ini dan kalau boleh beri subsidi kepada mereka yang berpendapatan rendah,’’ katanya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang mendapati kenaikan itu mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.
Seorang pembantu tadbir Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Norani Salleh, 52, menyifatkan kenaikan tersebut terlalu tinggi.
‘‘Sepatutnya jika jika tidak boleh dielakkan, naikkan sedikit demi sedikit,’’ katanya.
Seorang kakitangan awam, Mek Rogayah Hamzah, 53, juga tidak bersetuju bayaran tambang itu dinaikkan berikutan kegawatan ekonomi sekarang.
‘‘Tabung Haji sepatutnya memahami kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi,’’ katanya.
Pemilik kedai pakaian, Kamal Bahari Abd. Rashid, 41, pula berkata, kadar tambang tersebut tidak sepatutnya dinaikkan berikutan keadaan ekonomi yang masih tidak stabil.
‘‘Perkhidmatan menunaikan haji sepatutnya tidak dijadikan sebagai perniagaan. TH sepatutnya membantu mereka yang ingin menunaikan haji,’’ katanya.
Pemilik sebuah restoran, Zarina Abdul Hamid, 37, juga berpendapat, kadar baru itu tidak munasabah.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment