Pesanan ringkas kepada SUK Perak dan Dolah Antong serta pegawai undang-undang: Jangan Sakit Jantung!!!
Siapa antara warga Perak yang malam ini tak dapat tidur lena berikutan keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi? Zambry, EXCO dan ADUN BN itu memang dah pasti tak dapat tidur nyenyak.
Tapi selain mereka, sekurang-kurangnya 3 orang lagi yang tak dapat tidur lena - dua darinya pegawai Kerajaan jawatan PTD (Bukan Pegawai Takde Duit, tapi Pegawai Tadbir Diplomatik) dan seorang Penasihat Undang-undang.
Orang pertama, pastinya SUK Perak - Datuk Dr Abdul Rahman Hashim. Orang ini pernah buat macam-macam kepada Datuk Nizar. Orang ini pula kabarnya ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung. Oleh itu, awas Datuk, takut nanti kena serangan jantung, tak sempat minta maaf dengan orang-orang yang Datuk pernah sakiti hatinya dulu.
Orang kedua, Abdullah Antong Sabri, Setiauaha DUN Perak. Orang ini kononnya ada darah tinggi. Oleh itu, awas Dolah, bertenang dengan berita dari mahkamah itu, takut pula nanti hang kena angin ahmar, tak sempat naik pangkat JUSA sebelum pencen.
Dan pegawai Undang-undang yang DS Nizar sebutkan malam tadi.
Orang ketiga ialah Penasihat Undang-undang Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang sentiasa belot dalam melakukan tugas lebih condong kepada arahan orang luar.
No comments:
Post a Comment