Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, May 14, 2009
1MALAYSIA ! KENAIKAN HARGA RAKYAT PUTRAJAYA DIDAHULUKAN ?APA RON-RON KELIRUKAN RAKYAT !
Kenapa nak kelirukan atau nak konar baring dalam penjelasan pada rakyat? Kan senang panggilan lama?
Politik harga minyak sudah berkumandang akibat daripada pengumuman tentang penggunaan RON95 dan harga RON 97 akan dinaikkan ke RM 2.00 .
Peliknya hanya kenaikan harga minyak RON 97 yang dipersoalkan.
Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter. Namun kerajaan '1Malaysia' cuba membuat muslihat dengan menaikkan harga petrol seolah-olah dalam keadaan rakyat tidak sedar.Media melaporkan bahawa 2 stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya mula menjual minyak petrol RON95 hari ini. Manakala di negeri-negeri lain minyak jenis ini akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.
Kerajaan memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter. Apa muslihat kerajaan sehingga mengambil keputusan ini cuba tuan-puan selediki.
Minyak jenis ini dilancarkan oleh Ismail Sabri Yaakob, Menteri Umno yang menggantikan Shahrir Samad.
Media tersebut juga menyebut bahawa apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber nanti, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.Manakala mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.
Dalam keadaan minyak dunia yang harganya semakin rendah kerajaan '1Malaysia' sanggup mendera rakyat menaikkan pula harga minyak.
Terbukti bahawa kerajaan BN tidak pernah memikirkan kesusahan dan kesengsaraan rakyat sehingga sanggup menaikkan harga minyak dalam keadaan ekonomi seteruk ini di mana ramai rakyat yang dibuang kerja, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment