
Teman terharu dan kesihan bila YB Ibrahim ALi yang sinonim dengan 'katak' telah melahirkan perasaan untuk kembali kepada parti kesayangan yang telah menolaknya dahulu.Beliau amat tertekan lagi bila YB Dato Nik Aziz tidak lagi membela beliau.Ibrahim Ali perasan seolah-olah neliau seperti anak gadis yang sunti belum tercemar dan cuba memujuk sesiapa jejaka terutama UMNO agar meminang beliau.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.
"Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, Jumaat.
Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004. Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.
1 comment:
salam sdra
dia sedang meratapi diri sendiri mengharapkan kasihan tun m.
Post a Comment