
Tahniah pada penyelidik UKM setelah dapat menghasilkan 3 jenis Rosel baru pada 23 April lepas.
3 jenis rosel yang baru itu ialah:-
1. UKMR-1 (Rosel Warna Merah)
2. UKMR-2 (Rosel Warna Purple)
3. UKMR-3 (Rosel Warna Hijau)Sedikit info mengenai Rosel ini iaitu nama saintifiknya (Hibiscus sabdariffa L,) dikenali sebagai asam paya atau asam susur dikalangan penduduk Malaysia. Tumbuhan ini berasal dari Afrika Barat dan tersebar ke Sudan, Malaysia, Mynmar.Vietnam, Indonesia dan China.
Rosel ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1993 dan mula dikomersial di negeri Terengganu. Keluasan tanaman ini bertambah dari 12.8 ha ke 506ha dari tahun 1993 ke 2000.
Kaliks buah Rosel ialah tumbuhan sejuta khasiat ini kaya dengan antosianin & Vitamin C adalah baik untuk kesihatan dan boleh meningkatkan ketahanan tubuh manusia melawan penyakit. Selain jus, rosel boleh dibuat halwa,teh,jam dan jeli.
Diantara khiasat rosel seperti berikut,
1. Mencegah penyakit barah
2. Menstabilkan tekanan darah
3. Memudahkan pencernaan
4. Membantu atasi masalah asma
5. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.
6. Menyihatkan dan mencergaskan minda
7. Melawaskan buang air kecil dan air besar
No comments:
Post a Comment