
Menurut firasat teman silap-silap Terangganu berkemungkinan membubarkan DUN Negeri sebelum negeri Perak. Tempat ke 3 & 4 akan menyusul Negeri Sabah dan Sarawak.
Nampaknya tak kesudahan PRK dan PRK.Nasib lah kau labu......
Dun Perak akan terbubar dengan sendirinya sekiranya sidang DUN tidak diadakan dalam tempoh 6 bulan iaitu seawalnya 15 Mei depan mengikut pelembagaan negeri. Jika sidang Dun 'bawah pokok' diambil kira maka tempoh hayat Dun Perak boleh bertahan sehingga bulan September tahun ini.
Namun, jika sidang Dun bawah pokok tu diterima, bermakna segala keputusan yang dibuat adalah sah mengikut undang-undang. Tetapi teman rasa mana mungkin Umno/BN akan beri 'perkenan' sidang Dun berkenaan.
Di Terangganu telah banyak bunyi wujud ala 'pemberontakan dalaman UMNO' daripada kumpulan Datuk Idris Jusoh kepada MB sekarang(Datuk Ahmad Said) untuk mengemukakan usul tidak percaya. Walaupun dalam tempoh sehingga Rabu ini tidak ada sebarang usul tidak percaya dikemukakan tidak bermakna Ahmad Said boleh menarik nafas lega.Bila-bila masa usul tak percaya boleh dibuat walaupun Datuk Rasol Wahid dalam team Idris Jusoh kata isu itu tidak pernah dibincangkan.Tetapi semalam Datuk Rasol telah berkata MB tidak ada kuasa memecat ADUN yang membuat usul undi tidak percaya.
Dalam masa yang sama DUN Sabah dan Sarawak semakin menuju tempoh matang. Dun boleh dibubarkan bila-bila masa dari sekarang. Tetapi dalam keadaan sekarang beranikah kerajaan BN yang memerintah membubarkan Dun di Sabah dan Sarawak?
Nampaknya bajet rangsangan 200 billion akan diumumkan dengan segera tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment