Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, April 3, 2009
TEORI RAHMAN TERCAPAI TITIK HENTI HAYAT UMNO !
Menurut teori yang selama ini dibanggakan telah terbukti benar.Mungkin takdir atau secara kebetulan .Walaubagaimanapun genaplah kitaran Perdana Menteri menurut tilikan huruf R.A.H.M.A.N. Dengan pertabalan Najib sebagai PM ke 6 maka sempurnalah kitaran tilikan tersebut.
Apakah N itu bermaksud The End 4 Be End..hanya masa akan menentukan, walaupun menurut sangkaan Tun Mahathir partinya akan berkubor dalam PRU ke 13 nanti.
Sama-samalah kita nantikan. Apa yang penting, saya berharap DS Najib akan membawa semula era pemerintahan Almarhum Tun Abdul Razak yang terlalu mementingkan nasib kaum miskin tanpa diskriminasi kepada mana-mana kaum walaupun mengutamakan bangsa Melayu. Dibawah pemerintahan Almarhum, orang Melayu mendapat layanan samarata tanpa mengenal parti dan kumpulan. Moga DS Najib akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan melayan dengan baik semua tetamu negara luar atau dalam Malaysia walaupun dari Negara Monggolia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment