Teman memang kenal orang yang dikehendaki ini, teman semasa kecil pernah berjiran dengan beliau semasa tinggal di Kg. Kemensah belakang ZOO Negara dahulu.Rumah asalnya betul-betul di simpang empat yang ada badminton court dalam Kg. Kemensah di Hulu Klang.paling akhir teman jumpa beliau 2 tahun lepas semasa minum pagi di kedai berhadapan Sekolah Kebangsaan Hulu Klang.Masa tu BN/UMNO perintah kot, tidak ditangkap pula.Masa tu ada ADUN atau EXCO UMNO yang suka jadi hero ajaran sesat.Asyik melapor je, tapi tiada kesudahannya.
KUALA LUMPUR: Tercabar dengan tindakan kurang ajar `Rasul Melayu’ menggunakan pengikut taksub mengedar surat terbuka menuntut lima pertuduhan menyebarkan ajar sesat terhadapnya digugurkan tanpa sebarang syarat, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menawarkan ganjaran RM10,000 kepada orang ramai yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya ketua kumpulan itu.
Ini berikutan Ketua Ajaran Sesat Haji Kahar itu sudah dikategorikan sebagai pesalah jenayah syariah paling dikehendaki di Selangor selepas lebih 10 waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.
Gambar penjenayah paling dikehendaki itu bakal menjadi senjata terkini Jais untuk memburu ketua ajaran sesat itu, Abdul Kahar Ahmad Jalal yang kini dipercayai sudah menukar penampilannya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.Tindakan tidak diduga itu menyebabkan Jais tercabar lalu menyebarkan ratusan salinan gambar terkini Abdul Kahar, termasuk ditampal di tempat tumpuan awam di Selangor dan Kuala Lumpur.
Walaupun gagal dikesan dan tidak menghadiri perbicaraan di mahkamah sejak beberapa tahun lalu, dia masih mencabar kewibawaan pihak berkuasa agama itu apabila menghantar pengikut tegar bagi mengedarkan surat terbuka di pejabat Jais, baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment