

Teman terharu bila Najib yang beria-ia mahu menonjolkan penampilan sulung di antarabangsa sebagai PM Malaysia kantoi dan digagalkan oleh tunjuk perasaan di Thailand.Bila lagi tahu lah.Dimasa yang sama TPM Muhyiddin baru nak memangku sehari gagal merasa memangku sebagai PM , dan terlalu sekejap sangat hari berlalu.Apo nak di kato , nasib badan dahlah bagi Tugas Menteri Pelajaran sahaja.
Pembatalan Sidang Kemuncak ASEAN itu merupakan kejadian memalukan buat kerajaan Abhisit yang mula memerintah sejak Disember lalu.
Sementara itu, seorang pemimpin pembangkang, Jakrapob Penkair menyifatkan, kumpulan antikerajaan telah mencatat kejayaan melalui pembatalan sidang kemuncak itu, namun katanya, bantahan akan tetap diteruskan sehingga Abhisit meletak jawatan. - mns_
Beliau juga menegaskan BN tidak seharusnya mengenepikan suara rakyat di Bukit Gantang yang jelas menolak mereka dan penolakan tersebut juga merupakan petanda mereka tidak menerima kerajaan haram yang diterajui oleh Umno di negeri tersebut.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan semalam selepas penunjuk perasaan antikerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.
Penunjuk perasaan antikerajaan yang berbaju merah telah menyerbu pusat media berhampiran Hotel Royal Cliff sambil mengibarkan bendera dan menjerit slogan-slogan antikerajaan. Mereka turut memecahkan tingkap.
Sementara itu, tentera telah mengepung hotel tempat pemimpin-pemimpin ASEAN dijadual menghadiri makan tengah hari dan memutuskan sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang kemuncak tersebut.
Berikutan itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Pattaya, resort tempat persidangan itu berlangsung, terletak kira-kira 150 kilometer dari selatan ibu negeri Bangkok.
Beliau turut mengisytiharkan darurat di kawasan sekitar wilayah Chonburi selepas penunjuk perasaan menggempur lokasi tersebut.
No comments:
Post a Comment