

Melihat slogan SATU MALAYSIA tidak memberi kesan pada Tun Mahathir malah beliau seolah memporak-perandakan pendirian Najib ke arah keSATUanMALAYSIA agar tidak bertanding di DUN Penanti.Bayangkan MIC walau Samyvellu sebelum ini membantah tapi skarang dah Ok, MCA Ong Tee Keat juga dah sehaluan dengan Najib , Ketua Wanita Shahrizat juga bersetuju elakkan pembaziran PRK di Penanti.Yang degil bedil ni ialah
penaihat pengganti Budak Tingkat 4 ini.
Oleh yang demikian adalah teman sarankan UMNO sendiri membuat pilihanraya UMNO bagi memilih samada nak undi pendapat Mahathir atau Najib.Dalam unidan ini tiada undi pos.
Sekurang-kurangnya Najib dapat memberi latihan pada ahlinya bagaimana terlibat pilihanraya tanpa menggunakan wang yang banyak.Pengundian dilakukan di Bahagian masing-masing.Kertas undi 2 pilihan sahaja 1.Pilihanraya Kecil wajar di DUN Penanti atau
2. Pilihan Raya kecil Tidak Perlu diadakan.
Komen panas Tun Dr Mahathir mengenai BN tak mau bertanding di Penanti:
Bekas Perdana Menteri itu berkata,BN tidak sepatutnya mengaku kalah.
“Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.
"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya.
Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.
Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.
"Apabila kita tidak bertanding ini akan menunjukkan kemerosotan UMNO di mana-mana kawasan yang ada pilihan raya," katanya.
fikir-fikirkan la...
No comments:
Post a Comment