
Komen Teman bior ler Bank Rakyat benar-benar berjiwa rakyat.Pelaburan tambahan dah ditutup lama, sekarang dengornya nak beri peluang pemodal tambah modal pula.Kalau boleh beri rakyat tambah saham sekurang-kurang RM500 seorang!Seramai 130,000 pengunjung dijangka mengunjungi Karnival Bank Rakyat 2009 yang akan diadakan di Perak, Kelantan dan Selangor tahun ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata karnival kali kedua itu akan diadakan di Taiping Perak pada 25-26 April ini, seterusnya di Tanah Merah, Kelantan pada 15-16 Mei ini dan di Selangor pada 27-28 Jun ini.
"Secara purata seramai 90,000 pengunjung telah hadir ke Karnival Bank Rakyat pada tahun lalu," katanya pada sidang media mengenai karnival itu di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai karnival itu, Kamaruzaman berkata karnival itu adalah usaha Bank Rakyat untuk mendekati orang ramai melalui aktiviti-aktiviti santai yang sihat bersama keluarga serta memberi peluang untuk pelanggan mengetahui produk dan perkhidmatan bank itu dengan lebih dekat.
Selain itu, katanya karnival itu juga adalah sumbangan Bank Rakyat ke arah mempromosi usahawan-usahawan tempatan melalui penyertaan dan jualan di gerai-gerai yang disediakan.
Antara program dan aktiviti yang akan diadakan ialah program pendidikan, program maklumat bank dan aktiviti kanak-kanak.
Karnival itu juga dianjurkan bersama stesen radio Sinar FM dan THR Gegar.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment