Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 3, 2009

PENGAJARAN PADA SESIAPA NGELAT SEMBAHYANG JUMAAT

Khas untuk hari Jumaat :-
Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor Harimau yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan...

KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.Tiba-tiba tanpa disuruh dengan spontan dia berdoa.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini...Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah Harimau yang memburuku sebagai Harimau yang beriman.... tolong la aku ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! Harimau tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.
Tiba-tiba... .
Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. Harimau tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin
(doa makan tu) fahamje lah...
Moralnya : Kita harus redha dan bersangka baik dengan Allah pencipta makhluk didunia , bumi dan langit.Setiap kejadian ada hikmahnya.Mungkin malang yang menimpa kita adalah disebabkan dosa yang telah kita lakukan sebelumnya.
Kita harus mengakui kesalahan kita bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk muhasabah dan berjanji dan berwawasan tidak mahu mengulangi kesalahan lagi.
Jangan disebabkan kita dilantik jawatan yang agak tinggi , brkuasa dan ternama maka kita gunakan kedudukan kita untuk menutup kesalahan kita menggunakan segala kuasa yang ada hingga sanggup membunuh sekiranya ada orang ingin membocorkan kesalahan kita.Ingatlah! walau kita ada C4 pada diri, kita boleh arah sesiapa mengikut telunjuk kita namun Allah maha Besar lagi Maha Berkuasa.

No comments: