Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, April 28, 2009
NAJIB TERLEPAS PANDANG & PELUANG BINA KABINET BERSIH !
Apa yang penting sekarang berilah kesungguhan WAHAI MENTERI KABINET! TERAPKAN HUKUM ALLAH, JIKA TIDAK menjawablah kita di padang Masyar nanti.
Sejarah Malaysia pada 3 April lepas apabila Datuk Seri Najib Razak dinobatkan secara rasminya sebagai Perdana Menteri yang keenam. Sebagaimana Pak Lah yang telah mengambil alih pemerintahan dari Mahathir, kini giliran Najib pula mengambil alih pemerintahan dari Pak Lah, sebuah peralihan kuasa yang membuktikan bahawa Perdana Menteri Malaysia bukanlah dipilih oleh rakyat! Beberapa hari setelah Najib menduduki kerusi nombor satu negara, pembohongan demokrasi semakin nyata apabila Najib mengumumkan dan menamakan barisan kabinetnya sebagai kabinet rakyat, di mana umum mengetahui bahawa mereka yang tidak dipilih oleh rakyat pun tetap dipilih oleh Najib membarisi kabinetnya. Selain dari proses demokrasi dusta ini, ada beberapa isu lagi yang menarik perhatian sebaik sahaja Najib dilantik menjadi orang nombor satu negara. Antaranya adalah pembebasan 13 tahanan ISA yang dahulunya ditahan kerana amat membahayakan keselamatan persekutuan.
Ternyata, sebaik sahaja Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ini sudah tidak lagi berbahaya dan tidak lagi mengancam! Perdana Menteri keenam ini juga seterusnya menggula-gulakan rakyat dengan berjanji akan mengkaji semula ISA, yang mungkin sahaja kajiannya selepas ini akan menunjukkan bahawa ISA mesti dikekalkan demi keselamatan negara. Sebagaimana Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini, Najib kemudiannya terus mengisytiharkan slogan tersendiri beliau iaitu, “Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” bagi menggantikan slogan lapuk yang tak habis-habis diperli rakyat sebelum ini iaitu cemerlang, gemilang dan terbilang yang dikatakan penuh dengan tembelang dan temberang. Juga, dalam ucapan sulungnya selepas dilantik menjadi Perdana Menteri beliau turut menjanjikan beberapa pembaharuan dan transformasi besar yang semua ini menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri sebelum ini tidak melakukan apa-apa transformasi pun.
Yang dikatakan Najib terlepas pandang dan peluang ialah pertama beliau terus melantik Menteri 2nd hand yang telah dipertikai UMNO dan rakyat seperti Johari Baharom, Awang Adek dan Bekas Menteri Kewangan 2 sebagai master mind di Unit Perancangan Ekonomi (jika tak silap teman) dan ramai lagi.
Kemudian beliau terus melantik perasuah yang telah diiktiraf seperti Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka dan MT.Seterusnya melantik Tengku Adnan yang berprofil tinggi kes Lingam sebagai Setiausaha UMNO serta Zahid Hamidi (kes memukul orang) masih dilantik sebagai Menteri.
Jika beliau mengambil orang baru yang matang seperti Shaziman atau Raja Nong Chik sudah tentu penerimaan rakyat dan UMNO akan berbeza.
Akhirnya perlantikan Ketua Perhubungan UMNO Kedah , Perlis dan Terengganu amat tidak disenangi orang UMNO negeri dan melambangkan masalah perebutan jawatan yang amat kronik dalam UMNO negeri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment