Written by jebatmustlive
Dato Seri Najib menggambarkan akan membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara bagi membantu negara keluar kemelut ekonomi GLOBAL yang sedang melanda dunia sekarang.
Malaysia tidak terkecuali akan turut terkena tempias kemelesetan ekonomi Amerika. Kali terakhir Majlis Tindakan Ekonomi dibentuk ialah pada 1999 semasa zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad yang ternyata membantu keluar Malaysia dari kesan serangan matawang yang melanda Asia pada masa itu.
Siapakah yang layak menggangotai Majlis Tindakan Ekonomi Negara tersebut?
Beberapa nama difikirkan layak antaranya Tun Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin hatta Tengku Razaleigh sendiri. Yang pastinya nama-nama seperti Pengerusi Sime Darby , Tun Musa Hitam dan CEO Sime Darby Dato Seri Zubir Murshid yang sedang menunggang-langgangkan SIME DARBY wajar dielakkan.
Hatta Tun Musa Hitam dan Dato Seri Zubir Murshid selayaknya diarahkan meletak jawatan yang dipegang oleh mereka sekarang.
No comments:
Post a Comment