

Teman respek tak habis bila Najib berjaya mengelak dari menjawab pasal kes Al-Tantuya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan oleh Malaysiakini yang memetik siaran dari AFP telah mengelak menjawab soalan mengenai dakwaan 'kehilangan' bekas model, Manohara Odelia Pinot, sewaktu berada di Jakarta untuk bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hari ini.
Wartawan yang membuat liputan sidang akhbar selepas pertemuan mereka, tidak dibenarkan bertanya mengenai kes tersebut.
Manohara berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan, tahun lalu.
Ibu Manohara, Daisy, mendakwa anaknya mengalami deraan fizikal dan emosi oleh suaminya, yang didakwa bersama Manohara di Malaysia tanpa kerelaan anaknya.
"Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru, saya menggesa Najib menyiasat dan mempertahankan kebenaran dan hak kami. Saya hanya mahu anak perempuan saya dibebaskan... sebagai seorang ibu saya mempunyai hak untuk bertemu anak saya," kata beliau.
Daisy pengsan apabila beliau diserbu oleh para wartawan Indonesia yang memberi liputan meluas mengenai kisah Manohara itu.
Jadi begitu rupanya watak Najib di luar negara! Di dalam negara bukan main berdegar-berdegar bercakap, gagah macam hero Hindustan yang diminati Rosmah; tapi di luar negara enggan bercakap bila ditanya. Nampak sangat watak penakut Perdana Menteri Satu Malaysia ini!
Susah apa sangat nak bercakap di Indonesia Datuk Seri? Takut kena baling telur busuk oleh peminat ke? Atau takut digelar menderhaka Raja?
Apa pun, satu Malaysia sudah tahu Perdana Menteri kita tidaklah seberani mana.Ya, satu Malaysia!!!
1 comment:
ok la tu kalau najib tak nak jawab.. bukan masalah beliau pun.. tu kan masalah rumahtangga orang.. buat apa beliau nak masuk campur pulak..
lain la kesa altantuya tu.. mmg dia dikaitkan..
apa daaa..
Post a Comment