Antara Bukit Sentosa , Bukit Beruntung dan Taman Bunga Raya mempunyai jarak yang jauh.Kalau teman dari Bukit Sentosa 2 ke Bandar Bukit Sentosa jaraknya lebihkurang 3 km dan dari rumah teman ke Taman Bunga Raya mungin lebihkurang 6 km.Di sini kemudahan Pejabat Pos hanya di tempatkan di Taman Bunga Raya manakala hanya Bank bersaiz kecil iaitu Public bank berserta ATM di Bukit Beruntung.Manakala Maybank hanya menyediakan ATM di dalam Stesyen Minyak Mobil.
Semasa menjelang perayaan , berebut-rebut penduduk beratur ingin mengeluarkan wang yang terhad ini.Urusan selain pengeluaran bank akan melambatkan peluang pelanggan yang beratus.Silap-silap duit habis bila sampai giliran.
Mana yang ada kenderaan akan pergi ke Bandar Rawang atau Bandar Kuala Kubu sebagai altenatif lain.
1 comment:
anggaran 60% drpd staff Perodua yang hampir 8000 orang tinggal di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa pun dah cukup menggambarkan betapa ramai penduduk disini!
Post a Comment