
Teman dah boleh nampak sifir apa yang UMNO akan gunakan kununnya MB Perak lebih nasionalisma dari MB Terengganu.Walaupun Kereta Camry baru dibeli dan digunakan mereka akur pada perintah KERAjaan iaitu harus mesti utamakan kenderaan keluaran tempatan.
Ramai juga terkejut mengetahui tentang berita Kerajaan Kudeta Perak yang dikatakan akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi EXCO Pakatan Rakyat ketika menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri. Kabarnya lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzua, Ipoh mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.
Apabila Kerajaan Negeri Terengganu, Selangor dan Perak (di bawah Nizar) dulu hendak membeli kenderaan baru bagi menggantikan Perdana yang telah tua dan tidak ekonomik itu, ia pernah menjadi isu besar hingga Pak Lah yang menjadi PM ketika itu pun perlu bercakap mengenainya. Tapi apabila Kerajaan Kudeta Perak hendak melelong Camry yang baru berusia 3 bulan, tiada pula yang membantah.
Mungkin lepas ini kalau Dato Idris Jusuh(UMNO) dapat merampas Terengganu dari Dato Ahmad Said(UMNO) MB Terengganu maka kereta yang telah dibeli mercedes yang dibeli semasa Ahmad said menjadi MB mungkin akan dilelong juga.
Kereta baru hendak dilelong adalah satu kerja melulu.Tapi teman tau siapa yang akan dijayakan memenangi tender tersebut.Jika yang dilelong kereta lama dan tidak ekonomik, itu boleh diterima. Entah peraturan mana yang dipakai untuk menghalalkan lelongan Camry yang kelihatan pelik, luar biasa dan gilababi itu. Tak kan pula arahan itu datangnya dari Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pegawai Kewangan Negeri yang merupakan dua jawatan yang paling kanan di Perak yang semestinya sedar mengenai peraturan kewangan?
Inilah agaknya semangat SATU MALAYSIA yang telah diserapkan dalam kerajaan MB belum sah ini.
No comments:
Post a Comment